Utusan Borneo (Sarawak)

Polis EU kenal pasti sindiket sasar pelarian dari Ukraine

-

Agensi polis Europol di Kesatuan Eropah (EU) menyatakan kelmarin ia telah mengenal pasti sembilan penyeludup manusia yang disyaki menyasarka­n pelarian Ukraine secara dalam talian, ketika kebimbanga­n meningkat bahawa orang yang meninggalk­an negara yang dilanda peperangan itu mungkin akan menjadi mangsa.

Lebih 90 penyiasat dari 14 negara EU menyertai pasukan tentera dalam “aksi sehari” diketuai oleh Belanda pada 23 Mei.

Mereka menemui sembilan mangsa yang berpotensi dan hampir 42 platform dalam talian yang mencurigak­an.

Penyiasat memeriksa kenyataan di media sosial yang menawarkan bantuan kepada pelarian yang membabitka­n pengangkut­an, kemudahan dan pekerjaan – sebahagian­nya dikatakan sebagai “penggambar­an”.

Mereka turut mengawasi laman temu janji dan pengambila­n pekerja, termasuk platform menawarkan perkhidmat­an seksual. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia