Utusan Borneo (Sarawak)

Lima maut, 35 dimasukkan ke hospital selepas kebakaran di Buenos Aires

-

Dua wanita dan tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah bangunan apartmen di Buenos Aires kelmarin yang melihat 35 orang lagi dihantar dengan segera ke beberapa hospital, menurut pihak perkhidmat­an kecemasan. Kebakaran berlaku pada kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan di tingkat tujuh sebuah bangunan di kawasan kejiranan tengah Recoleta, dan merebak dengan pantas ke tingkat lapan, kata pegawai bomba Pablo Giardina.

Dua wanita dan tiga kanakkanak telah dikeluarka­n masih hidup namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat terhidu asap dan melecur, kata ketua perkhidmat­an kecemasan SAME, Alberto Crescenti.

Tiga puluh lima orang lagi menerima rawatan bagi pelbagai jenis kecederaan. Seorang lelaki berusia 52 tahun berada dalam keadaan serius.

Punca kebakaran di bangunan 14 tingkat itu masih belum diketahui. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RENTUNG: Bangunan apartmen yang rentung dijilat api di kawasan kejiranan Recoleta di Buenos Aires, kelmarin.
— Gambar AFP RENTUNG: Bangunan apartmen yang rentung dijilat api di kawasan kejiranan Recoleta di Buenos Aires, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia