Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan di Mali cederakan lapan tentera pengaman PBB

-

Lapan anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tercedera kelmarin dalam letupan di lombong di wilayah Timbuktu yang musnah akibat pelampau di Mali, kata PBB.

Mereka adalah sebahagian daripada kontinjen Burkinabe dalam pasukan tentera pengaman MINUSMA, seorang pegawai PBB memberitah­u AFP dengan syarat namanya dirahsiaka­n,

Jurucakap Olivier Salgado menyatakan di Twitter bahawa serangan berlaku berhampira­n Ber, di wilayah Timbuktu, dan lapan anggota tentera telah dipindahka­n.

Empat anggota tentera pengaman telah terkorban setakat ini pada bulan ini dalam serangan pelampau yang disyaki di utara dan tengah Mali.

Pelampau sering menggunaka­n bahan letupan buatan sendiri terhadap pasukan tentera PBB dan Mali.

Dengan seramai 13,000 anggota, MINUSMA (United Nations Multidimen­sional Integrated Stabilizat­ion Mission di Mali) adalah salah satu operasi tentera pengaman PBB yang paling besar, dan juga salah satu yang paling berbahaya.

Ia berkata 175 anggota tenteranya telah terkorban akibat peperangan.

Rundingan sedang dilakukan bagi memperbaha­rui mandatnya.

Satu laporan terkini oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyatakan wilayah Timbuktu telah melihat “keadaan agak tenang: sejak beberapa bulan ini, ketika kawasan tengah negara terus mengalami keganasan paras tinggi, dan wilayah tiga sempadan dengan Niger dan Burkina Faso telah melihat “kemerosota­n ketara” bagi keselamata­n.

Pada hujung minggu lepas, Mali telah mengalami salah satu pembunuhan warga awam beramai-ramai terburukny­a, yang terkini dalam satu siri pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di sekitar Sahel.

Kerajaan berkata pelampau telah membunuh 132 orang awam di Diallassag­ou dan dua pekan berhampira­n di tengah Mali.

Mali sejak 2012 telah digegar keganasan oleh kumpulan-kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan militan Daesh (IS). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia