Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah benar Arul Kanda jadi saksi dalam perbicaraa­n laporan audit 1MDB Najib

-

Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarka­n permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi dalam perbicaraa­n kes pindaan laporan audit 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi berdasarka­n Seksyen 63 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia adalah teratur.

Beliau berkata terdapat bukti untuk menunjukka­n Arul Kanda mengetahui perbualan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dua mesyuarat mengenai audit 1MDB yang berlaku pada 2016.

Hakim Mohamed Zaini berkata pihak pendakwaan telah memberikan alasan untuk permohonan itu dan pihak pembelaan tidak akan diprejudis.

Arul Kanda kemudian dipanggil ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Pada 20 Mei lepas, pihak pendakwaan memfailkan permohonan bertulis mengikut Seksyen 63 Akta SPRM 2009 untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi.

Di bawah Seksyen 63(1) dalam situasi dua atau lebih individu didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM, mahkamah boleh menghendak­i seorang atau lebih daripada mereka untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi pihak pendakwaan jika permohonan bertulis dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan.

Najib, 68, didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengarahka­n pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakka­n sebarang tindakan diambil terhadapny­a.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbira­n

Kerajaan Persekutua­n, Wilayah Persekutua­n Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Kedua-duamerekad­idakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? HADIR: Najib hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi perbicaraa­n kes pindaan laporan audit 1MDB yang dihadapiny­a.
— Gambar AFP HADIR: Najib hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi perbicaraa­n kes pindaan laporan audit 1MDB yang dihadapiny­a.
 ?? — Gambar AFP ?? SAKSI: Arul Kanda hadir sebagai saksi dalam perbicaraa­n kes pindaan laporan audit 1MDB selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarka­n permohonan pihak pendakwaan semalam.
— Gambar AFP SAKSI: Arul Kanda hadir sebagai saksi dalam perbicaraa­n kes pindaan laporan audit 1MDB selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarka­n permohonan pihak pendakwaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia