Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki rentung ditemui dalam kediaman terbakar

-

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan rentung dI sebuah rumah kayu yang 80 peratus terbakar di Kampung Kanchong Darat, Banting, malam kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran yang dipercayai mengorbank­an lelaki berusia 66 tahun iaitu kira-kira jam 8.17 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah seluas 40x50 kaki (12.19 x 15.24 meter) itu adalah sebanyak 80 peratus. Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada jam 8.43 malam dan tiada mangsa terlibat dilaporkan setakat itu.

Pada jam 9.32 malam, kami telah menerima maklumat daripada isteri pemilik rumah memaklumka­n suami beliau berada di rumah berkenaan sejak dari petang tadi (kelmarin). Setelah membuat pencarian pihak bomba menemui satu mayat lelaki rentung di bahagian belakang rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, warga emas itu dipercayai cuba keluar daripada rumah tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia