Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM NS tahan enam individu termasuk penguat kuasa

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan enam individu termasuk dua pegawai penguat kuasa agensi kerajaan kerana disyaki terlibat rasuah dalam meluluskan ujian memandu kelas Kenderaan Perdaganga­n (GDL) menerusi institusi memandu di sekitar negeri ini.

Kesemua suspek berusia 35 hingga 65 tahun ditahan kirakira jam 5 hingga 6 petang di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, kelmarin.

Menurut sumber, selain dua pegawai penguat kuasa tersebut, empat suspek lain adalah tenaga pengajar dan pekerja di institusi memandu.

Difahamkan, lima daripada enam lelaki tersebut kini telah direman selepas Penolong Kanan Pendaftar Khairunnis­a Kasa membenarka­n permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Khas Reman di sini semalam.

Empat daripada mereka direman selama lima hari, seorang selama tiga hari manakala seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM disebabkan faktor kesihatan.

Katanya, mereka disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM300 hingga RM650 daripada pemohon bagi meluluskan setiap ujian lesen memandu kelas GDL melalui tenaga pengajar institut memandu di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia