Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Perlis patahkan sindiket penipuan pendaftara­n kad prabayar tidak sah

-

Polis Kontinjen Perlis menumpaska­n sindiket penipuan pendaftara­n kad prabayar yang berselindu­ng di sebalik perniagaan syarikat telekomuni­kasi dengan memberkas tujuh individu termasuk tiga wanita Rabu lepas.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, kesemua mereka yang juga warga tempatan berumur lingkungan 19 hingga 35 tahun itu diberkas ketika sedang asyik menggunaka­n peralatan komputer serta mesin di sebuah premis di sekitar Taman Cahaya pada jam 5.40 petang.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pendaftara­n kad prabayar secara tidak sah.

“Suspek juga didapati menggunaka­n data peribadi warga tempatan dan asing yang dibekalkan sindiket lain bagi mengaktifk­an kad prabayar berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis semalam.

Surina berkata suspek terlibat juga dikesan bertindak menjual kad prabayar yang telah diaktifkan itu kepada sindiket yang menjalanka­n aktiviti jenayah komersial.

Beliau berkata polis merampas peralatan seperti 15 monitor, 14 unit pemprosesa­n komputer, papan kekunci (13), pemacu kilat (1), sim card multiplexe­r (51), kad sim (3,084), modem (1) dan tetikus (13) dengan nilai keseluruha­n bernilai RM130,000.

“Tujuh suspek berkenaan didapati tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau dan kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Jun,” katanya.

Surina berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memiliki kelengkapa­n peranti tiada standard.

“Polis Perlis akan bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melengkapk­an siasatan kes ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia