Utusan Borneo (Sarawak)

Segera perbaharui lesen LLM sebelum 30 Jun

Pemegang LLM perlu segera melakukan transaksi pembaharua­n sebelum tempoh akhir pelanjutan

-

“Ia bagi mengelakka­n pemegang LLM tersebut mengambil ujian semula untuk memperbaha­rui ” lesen. Datuk Zailani Hashim Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan

PUTRAJAYA: Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Jan 2021, perlu memperbaha­rui lesen mereka sebelum 30 Jun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.

“Ia bagi mengelakka­n pemegang LLM tersebut mengambil ujian semula untuk memperbaha­rui lesen,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pemakluman itu dikhususka­n kepada mana-mana pemegang lesen yang diberikan Pelanjutan Tamat Tempoh (Keesahan) LLM iaitu Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL), melalui pengecuali­an di bawah Kaedah 19 Kaedahkaed­ah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

Menurutnya Pelanjutan

Tamat Tempoh itu diberikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 fasa pertama yang diumumkan oleh kerajaan mulai 1 Jun 2021 dan diberikan pengecuali­an oleh Menteri Pengangkut­an (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong) pada 14 Okt 2021.

Beliau berkata pemegang LLM perlu segera melakukan transaksi pembaharua­n sebelum tempoh akhir pelanjutan bagi mengelak pemegang lesen yang mencapai tarikh luput perlu menduduki semula ujian memandu sebagaiman­a permohonan lesen baharu memandu, seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

Mengikut rekod di pangkalan JPJ, sehingga Rabu lepas jumlah pemegang lesen LDL yang belum memperbaha­rui lesen mereka adalah sebanyak 904,081, pemegang lesen PDL pula sebanyak 14,216 dan masing-masing bagi pemegang lesen CDL dan PSV/GDL yang belum memperbaha­rui lesen mereka adalah 197,030 dan 89,809.

Zailani turut mengingatk­an pemilik kenderaan untuk memperbaha­rui LKM mereka sebelum Khamis depan bagi mengelakka­n sebarang implikasi tindakan undangunda­ng mengikut Seksyen 23(1) APJ 1987 kerana LKM tamat tempoh.

Sehingga 30 Jun 2022, katanya jumlah LKM yang belum diperbahar­ui bagi tempoh tiga tahun adalah sebanyak 4.4 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia