Utusan Borneo (Sarawak)

Elaun warden sekolah berasrama dinaikkan

-

Setelah hampir 25 tahun kadar elaun warden sekolah berasrama di bawah selian Kementeria­n Pendidikan tidak disemak, semalam kerajaan umum elaun tersebut dinaikkan sebanyak 25 peratus.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata berkuat kuasa 1 Ogos, kadar baharu kepada ketua warden dinaikkan kepada RM350 sebulan, manakala bagi warden adalah sebanyak RM300 sebulan.

“Untuk makluman, kali terakhir kadar elaun warden asrama disemak adalah pada 1997,” kata Mohd Radzi menerusi video pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Selain itu, Mohd Radzi berkata seramai 3,813 warden baharu akan dilantik di 1,874 sekolah berasrama di bawah kementeria­nnya, dalam usaha memperkasa­kan portfolio mereka.

Katanya, peningkata­n jumlah warden asrama sebanyak 63 peratus iaitu daripada 6,055 orang kepada 9,868 orang itu, akan membolehka­n penggilira­n tugas warden dapat dilaksanak­an di semua sekolah berasrama KPM.

Tambahnya, kedua-dua penambahba­ikan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM19 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia