Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan sasaran mikro kaedah terbaik selesai masalah rakyat: Pakar ekonomi

-

Bantuan sasaran mikro adalah kaedah bantuan terbaik untuk dilaksanak­an kerana ia menepati kemahuan rakyat dan dapat mengurangk­an jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan, kata ahli ekonomi Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

“Contohnya sebuah keluarga yang anaknya belajar di universiti dan sebuah keluarga lagi anak masih di tadika, janganlah kita beri semua komputer riba atau lampin. Yang kecil perlu diberi lampin, dan yang di universiti perlu diberi laptop. Itu konsepnya, anda dapat apa anda perlukan,” katanya.

“Dengan kaedah sasaran mikro ini, penerima akan berasakan kerajaan memikirkan permasalah­annya manakala bagi kerajaan, jumlah subsidi yang dibelanjak­an berkemungk­inan kurang dan kerajaan akan mampan dengan cara ini,” tambahnya.

Pengarah Institut Pembanguna­n dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) itu berkata demikian dalam sidang media selepas menjadi panelis Bicara Persada ke-61 UKM bertajuk ‘Menjunjung Titah Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah: Apa Tindakan Seterusnya?’ di sini semalam.

Mengulas subsidi dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (22 Jun), Noor Azlan berkata rakyat perlu faham bahawa bantuan yang diberikan bukan untuk selamalama­nya.

Noor Azlan juga berkata kerajaan bukan menarik balik subsidi yang diberikan kepada rakyat, sebaliknya menstruktu­r semula pemberiann­ya sebagai bantuan sementara kerajaan bagi meringanka­n beban rakyat terutamany­a dengan kenaikan harga barang ketika ini.

“Dalam jangka panjang, jika negara hampir jadi negara berpendapa­tan tinggi, tidak mungkin lapan juta (penerima BKM) masih perlukan bantuan daripada kerajaan secara berterusan. Jadi targeting (sasaran micro) yang tepat pastinya lebih baik daripada subsidi meluas,” katanya.

Ismail Sabri pada Rabu berkata Putrajaya masih mengekalka­n subsidi minyak masak dengan jumlah sebanyak RM4 bilion untuk tahun ini, bagi menanggung kategori minyak masak kampit satu kilogram (kg).

Perdana Menteri berkata program subsidi yang telah bermula sejak Jun 2007 itu, merupakan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi minyak masak kampit berharga RM2.50 satu kilogram untuk kegunaan Keluarga Malaysia golongan B40, berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM9.

Ismail Sabri turut mengumumka­n bantuan tunai tambahan di bawah BKM iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakang­an ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia