Utusan Borneo (Sarawak)

Tangan patah semasa latihan

Jack terlepas satu kejohanan renang dunia selain turut bergelut untuk pulih segera menjelang Sukan Komanwel bulan depan Man City diambang tandatanga­ni Ortega

-

“Saya telah melakukan X-ray yang menunjukka­n keretakan di metakarpal ke-4 saya. Ini disebabkan oleh kemalangan aneh semasa pemanasan gaya bebas 100 meter saya yang ” melibatkan perenang lain.

SYDNEY: Pemenang pingat emas Australia, Shayna Jack akan terlepas satu lagi kejohanan renang dunia selepas tangannya patah semasa latihan, memaksanya bergelut untuk pulih menjelang Sukan Komanwel bulan depan.

Perenang berusia 23 tahun itu teruja untuk memenangi pingat dalam acara 100 meter gaya bebas wanita di Budapest selepas memberi Australia pingat emas acara berganti 4x100 meter, dan kelmarin dia memuat naik gambar lengan kirinya yang diplaster di Instagram.

“Beberapa jam ini saya terkejut dan tidak percaya,” kata Jack, yang juga memenangi perak dalam renang berganti 4x100 meter campuran pada kemunculan antarabang­sa pertamanya sejak menjalani penggantun­gan dua tahun selepas diuji positif mengambil agen pertumbuha­n otot, ligandrol.

“Saya telah melakukan X-ray yang menunjukka­n keretakan di metakarpal ke4 saya. Ini disebabkan oleh kemalangan aneh semasa pemanasan gaya bebas 100 meter saya yang melibatkan perenang lain.”

Ketua jurulatih Australia, Rohan Taylor memberitah­u wartawan bahawa kemalangan itu berlaku semasa Jack sedang memanaskan badan di kolam latihan di Duna Arena.

“Dia sedang berenang ke dinding dan ada seorang gadis di depannya bersama perenang-perenang lain, berpaling lalu tertolakny­a ketika dia tiba, jarinya tersangkut di dalam pakaian renang,” jelasnya.

Jack akan pulang ke rumah untuk menjalani pembedahan dan berkata dia berharap dapat pulih menjelang Sukan

Komanwel di Birmingham bulan depan.

Ujian positif dadahnya pada tahun 2019 menconteng arang ke nama perenang Australia itu, hanya beberapa hari selepas juara Olimpik Mack Horton mengadakan protes berprofil tinggi menentang pesaing China, Sun Yang.

Horton enggan berkongsi podium dengan Sun pada kejohanan dunia Gwangju 2019, yang mengimbau kembali insiden Sukan Olimpik Rio 2016 di mana dia melabelkan bintang China itu sebagai “penipu pengguna dadah”.

Jack seringkali mengaku tidak bersalah dan memenangi rayuan agar larangan itu dikurangka­n menjadi dua tahun daripada empat setelah Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan memutuskan dia “tidak sengaja atau menggunaka­n bahan terlarang itu secara melulu”. — AFP

Shayna Jack Perenang wanita Australia

BERLIN: Juara Liga Perdana Manchester City kini di ambang menandatan­gani Stefan Ortega dari kelab Bundesliga, Arminia Bielefeld sebagai pemain sokongan untuk penjaga gol pilihan pertama Ederson, menurut laporan pada hari Khamis.

Majalah Kicker dan berita harian terlaris, Bild mengatakan bahawa pemain berusia 29 tahun itu akan menyertai Citizens dengan pemindahan percuma memandangk­an kontrak Bielefeldn­ya telah tamat tempoh.

Ortega merupakan salah seorang pemain terbaik Bielefeld musim lalu, mengekalka­n enam rekod bersih dalam 33 perlawanan liga walaupun kelab itu diturunkan divisyen selepas menamatkan saingan di tempat kedua tercorot dalam divisyen utama Jerman. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MANTAP: Pemenang pingat perak dari Australia, (dari kiri) Kaylee McKeown, Zac Stubblety-Cook, Matthew Temple dan Shayna Jack berada di atas podium semasa sesi penyampaia­n pingat pada Kejohanan Akuatik Dunia 2022 di Budapest.
— Gambar AFP MANTAP: Pemenang pingat perak dari Australia, (dari kiri) Kaylee McKeown, Zac Stubblety-Cook, Matthew Temple dan Shayna Jack berada di atas podium semasa sesi penyampaia­n pingat pada Kejohanan Akuatik Dunia 2022 di Budapest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia