Utusan Borneo (Sarawak)

Jose Embalo sah ganti Neto Pessoa untuk bantu Sabah FC

- Oleh Vivi Olviana Najurus

Pengalaman beraksi di beberapa Liga Eropah menjadi sandaran kepada pemain Import baharu The Rhinos, Jose Embalo mencipta nama sebagai penyerang sensasi dalam saingan Liga Malaysia di negara ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, Jose Embalo berasal dari Portugal menggantik­an Neto Pessoa selepas prestasi Neto kelihatan sedikit menurun selepas mengalami kecederaan yang mengambil masa agak lama untuk pulih sepenuhnya.

Katanya, walaupun Neto berjaya menjaringk­an gol ketika menentang Sri Pahang FC tetapi secara keseluruha­n terdapat beberapa sudut lain yang turut menyebabka­n beliau terpaksa ditukar dalam jendela perpindaha­n bagi memantapka­n lagi jentera bahagian serangan.

“Kita tidak mengatakan Neto begitu ketara kehilangan ataupun prestasi yang menurun, tetapi kita perlu memastikan semua pemain terutamany­a pemain import perlu berada pada tahap yang cukup baik untuk bermain bersama Sabah FC.

“Kita harus memikirkan apakah langkah seterusnya, jadi saya membuat keputusan untuk menukarkan Neto kepada Embalo.

“Embalo sudah memulakan sesi latihan bersama Sabah FC. Kita yakin Embalo akan memberikan kesan besar dalam Sabah FC khususnya di bahagian serangan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Kim Swee berkata, Embalo berpengala­man bermain dalam banyak liga di Eropah dan berharap memberikan kelebihan kepada Embalo untuk segera menyesuaik­an diri dengan rentak permainan pasukan selain keserasian bersama-sama rakan sepasukan.

“Kita perlu bagi sedikit masa kepada Embalo untuk perlawanan dengan Selangor FC, Embalo tidak akan diturunkan kerana beliau baharu sahaja tiba.

“Kita mempunyai beberapa hari lagi untuk memastikan Embalo berada pada tahap kecergasan yang baik sebelum kita bersedia menurunkan Embalo dalam perlawanan dengan Selangor FC mahupun Negeri Sembilan FC nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia