Utusan Borneo (Sarawak)

16 pemain akan mewakili Sibu pada Kejohanan Pingpong MSS Negeri

-

Seramai 16 pemain yang memenangi Kejohanan Pingpong Majlis Sukan Sekolahsek­olah (MSS) Bahagian Sibu akan mewakili Sibu pada Kejohanan Pingpong MSS Negeri di Serian pada Julai depan.

Mereka ialah Bryan Ngu Zhu Kiet dari SMK Sacred Heart yang dinobatkan johan kategori perseorang­an lelaki 18TKB, Daniel Paw Zhang Sheng (SM Katolik Sibu) naib johan, Ngieng Kai Yun dan Ngieng Shun Yun (SM Guong Ming) yang memenangi tempat ketiga.

Sia Hsiao Ling dari SMK

Lanang merangkul johan kategori perseorang­an perempuan 18TKB, Constance Tiong Hui Liang (SMK Methodist) naib johan, Liong Jia En (SM Katolik Sibu) dan Shirline Kong Yi Xuan (SMK St Elizabeth) memenangi tempat ketiga.

Bagi kategori sekolah rendah, Lucas Wong Jing Yun dari SJK Tung Hua memenangi kategori perseorang­an lelaki, Liong Cheng En (SJK Sacred Heart Cina) naib johan, Jonathan Ting Lian Jin (SJK Sacred Heart Cina) dan Felix Ling Hung Yik (SJK Chung

Hua) di tempat ketiga.

Jocelyn Kong Yu Tong juga dari SJK Chung Hua memenangi kategori perseorang­an perempuan, Kong Xing (SJK Sacred Heart Cina) naib johan, Connie Tiong (SJK Taman Rajang) dan Lau Hang Fung (SK Bandaran No.2) di tempat ketiga.

Seramai 44 peserta sekolah menengah dan 21 peserta sekolah rendah telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsun­g selama dua hari ini.

Kejohanan tahun ini anjuran bersama SMK Tung

Hua dan SJK (C) Thai Kwang diadakan di Stadium Persatuan Pingpong Sibu.

Kejohanan Pingpong MSS Peringkat Negeri dijadualka­n pada 25 hingga 28 Julai di Serian.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pembanguna­n Bakat Murid) William Anut, Pengetua SMK Tung Hua Goi Nguok Yew dan Guru Besar SJK (C) Thai Kwang Sio Siok Hie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia