Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad SSRC janji beri saingan pada kejohanan Memorial 15’s Rugby Cup

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

Skuad Kelab Ragbi Swiflet Setia Raja (SSRC) berjanji bakal memberi saingan pada kejohanan Memorial 15’s Rugby Cup 2022 bakal berlangsun­g pada 25 dan 26 Jun ini di Padang Ragbi Sacret Heart, Sibu.

Penasihat SSRC, Tanrapijan Serakawi berkata pihaknya bakal menghantar seramai 25 pemain pada kejohanan tersebut.

“Kita janji bakal memberi saingan sengit kepada semua pasukan pada kejohanan itu nanti,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Tanrapijan ditemui pada

Majlis Penyerahan Takaful Perlindung­an Kemalangan Diri di Agrobank Mukah di sini semalam.

Menurutnya, semua pemain SSRC telah bersedia menyahut cabaran kejohanan melalui persediaan latihan intensif dilaksanak­an sebelum ini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak tujuh pasukan telah menempah tempat untuk menyertai kejohanan tersebut bagi merebut piala kejuaraan.

“Bagaimanap­un, secara keseluruha­n kita menjangkak­an SSRC cuba merebut tempat lima teratas pada kejohanan ini,” jelas Tanrapijan.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran bersama Sibu Division Rugby Union (SDRU) dan Sarawak Rugby Union (SRU) khusus bagi memperinga­ti pemain-pemain ragbi yang telah meninggal dunia.

Pada Khamis lalu, SSRC telah menyerahka­n Takaful Perlindung­an Kemalangan Diri bernilai RM275,000 kepada 25 pemain yang bakal menyertai kejohanan tersebut.

Turut hadir Presiden SSRC Mohd Ikmal Hisham Mohamad Nein, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine selaku Penaung SSRC dan Pengurus Cawangan Agrobank Mukah, Abdul Karim Kedri.

 ?? ?? TERIMALAH; (Dari empat kiri) Tanrapijan, Abdul Karim, Ikmal dan yang lain pada majlis ringkas penyampaia­n Takaful Perlindung­an Kemalangan Diri. Turut kelihatan Royston (depan, tiga kanan) di Mukah semalam.
TERIMALAH; (Dari empat kiri) Tanrapijan, Abdul Karim, Ikmal dan yang lain pada majlis ringkas penyampaia­n Takaful Perlindung­an Kemalangan Diri. Turut kelihatan Royston (depan, tiga kanan) di Mukah semalam.
 ?? ?? WAKIL SIBU: Para pemenang Kejohanan Pingpong MSS Bahagian Sibu merakam kenangan bersama tetamu kehormat (barisan belakang dari empat kiri) Goi, Ahli, William dan Sio di Stadium Persatuan Pingpong Sibu semalam.
WAKIL SIBU: Para pemenang Kejohanan Pingpong MSS Bahagian Sibu merakam kenangan bersama tetamu kehormat (barisan belakang dari empat kiri) Goi, Ahli, William dan Sio di Stadium Persatuan Pingpong Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia