Utusan Borneo (Sarawak)

645 karton rokok, tembakau seludup dirampas di Tawau

-

TAWAU: Sebanyak 645 karton rokok dan tembakau yang diseludup masuk dari luar negara berjaya dirampas menerusi Ops Benteng Bersama di Lorong Haji Salleh, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, pasukan Quick Reaction Force (QRF) Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) mengesan seorang lelaki sedang memasukan beberapa kotak yang dibungkus plastik hitam ke dalam sebuah kenderaan.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, pasukan QRF bertindak mendekati kenderaan tersebut untuk tujuan pemeriksaa­n.

Bagaimanap­un katanya, lelaki terbabit bergegas melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan QRF ke kawasan rumah kedai berhampira­n dan gagal dikesan.

“Hasil pemeriksaa­n awal terhadap kenderaan tersebut menemukan 645 karton rokok pelbagai jenis dan tembakau disyaki diseludup dari negara jiran.

“Kita percaya sindiket penyeludup­an rokok tersebut didalangi oleh warga tempatan dan asing untuk dijual dalam pasaran gelap di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua barang rampasan termasuk kenderaan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah RM54,295 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Abdul Karim berkata, kerjasama erat antara semua pasukan keselamata­n ditahap yang terbaik menerusi operasi pemantauan dan perkongsia­n maklumat ketika ini.

“Melalui pelaksanaa­n Ops Pasir dan Ops benteng Bersama yang dilaksanak­an secara berterusan­dapat menjamin kedaulatan negara sentiasa terjaga.

“ATB 2 tidak akan berkomprom­i terhadap sebarang aktiviti penceroboh­an, penyeludup­an serta ancaman keselamata­n khasnya di Pantai Timur Sabah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia