Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik gerai disyaki miliki senjata tiruan ditahan

-

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki pemilik sebuah gerai di dalam sebuah pusat beli-belah di sini kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis senjata tiruan dan amunisi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah memberitah­u, lelaki itu ditahan sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Persenjata­an, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, sekitar jam 4.20 petang.

“Hasil pemeriksaa­n polis menemui dan merampas lapan laras senjata pelbagai jenis serta 101 bungkus amunisi pelbagai jenis yang disyaki menyalahi undangunda­ng,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tegas Ahsmon, kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Jelasnya lagi, permohonan tahanan reman terhadap suspek berkenaan dipohon semalam.

 ?? ?? RAMPAS: Senjata tiruan pelbagai jenis yang dijumpai oleh sepasukan anggota dari Cawangan D9 dan Persenjata­an, IPD Kuching kelmarin.
RAMPAS: Senjata tiruan pelbagai jenis yang dijumpai oleh sepasukan anggota dari Cawangan D9 dan Persenjata­an, IPD Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia