Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil peluang lanjut pendidikan untuk kejayaan masa depan: Billy

-

KUCHING: Pelajar lepasan sekolah diseru mengambil peluang yang telah disediakan kerajaan demi memastikan kesinambun­gan pendidikan untuk mengecapi kejayaan pada masa hadapan, kata Ahli Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang.

Beliau berkata, mereka perlu memanfaatk­an kemudahan itu dengan mendapatka­n maklumat berguna, khasnya berkenaan dengan kursus-kursus yang bersesuaia­n daripada wakil institusi pengajian.

Menurutnya, jurusan seperti teknikal, kejurutera­an dan keselamata­n siber adalah antara jurusan atau disiplin yang sealiran dengan keperluan semasa dan mampu melahirkan graduan yang kreatif serta inovatif.

“Kerajaan negeri telah membuat banyak pelaburan dalam sektor pendidikan menerusi Yayasan Sarawak dengan menubuhkan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Curtin di Miri, Universiti Teknologi Swinburne di Kuching dan Universiti Teknologi Sarawak di Sibu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada program Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Lundu anjuran Yayasan Sarawak di Lundu semalam.

Pada majlis tersebut, Billy turut menyempurn­akan simbolik Penyampaia­n Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah kepada 400 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Lundu.

Turut diadakan penyampaia­n Sijil Hadiah Cemerlang Yayasan Sarawak kepada sembilan pelajar dari SMK Lundu dan SMK Senibong yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2021.

Program yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat Lundu itu dihadiri lebih kurang 200 peserta yang terdiri daripada para guru, ibu bapa, pelajar sekolah dan juga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hadir sama Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani, Ketua Ekspo Pendidikan 2022 Daerah Lundu Noranne Adam Assim, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum.

 ?? ?? MOGA CEMERLANG: Billy merakamkan kenangan pada Program Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Lundu, semalam.
MOGA CEMERLANG: Billy merakamkan kenangan pada Program Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Lundu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia