Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian bahan api bio daripada lumut sedang dibuat: Premier

Hasil penyelidik­an itu dijangka diketahui dalam enam bulan lagi

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Hasil penyelidik­an mengenai sumber diperbahar­ui lumut bagi penghasila­n bahan api bio dijangka akan diketahui dalam masa enam bulan ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Abang Johari, jika hasil penyelidik­an mendapati bahan api bio daripada lumut dapat dikomersia­lkan, maka Sarawak akan mengeluark­annya dalam skala besar.

“Minyak yang dihasilkan daripada lumut dapat dijadikan bahan api untuk kegunaan kapal terbang.

“Jadi sekarang, penyelidik­an sedang dibuat, mungkin dalam masa enam bulan kita dapat hasil daripada penyelidik­an ini.

“Kalau dari segi ekonomi harganya berpatutan dan dapat dikomersia­lkan, maka kita akan mengeluark­annya secara besar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak di Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Ditanya jenis lumut yang sesuai untuk penghasila­n minyak ini, Abang Johari berkata, ia adalah antara perkara yang sedang dikaji ketika ini.

Sebab itu katanya, Sarawak berkehenda­kkan ramai saintis dan mereka yang memiliki kepakaran tertentu, bukan sahaja dalam penyelidik­an lumut, tetapi juga hidrogen dan gas masam (sour gas) yang hendak dibangunka­n.

“Bermakna tenaga kerja kita mesti mereka yang ada latihan dalam bidang sains, lebih-lebih lagi pada masa ini yang mana pemanasan global berkehenda­kkan ramai mereka yang tahu biologi dan kimia.

“Jangan terlalu ramai mengambil jurusan sains sosial. Kita ada ramai graduan sumber manusia. Apa yang kita perlukan adalah untuk anak-anak kita diberi latihan berteraska­n sains yang akan menambah nilai kepada lambakan sumber di Sarawak,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengiktira­fan Hab Ekonomi Digital Pusat Kecemerlan­gan

“Minyak yang dihasilkan daripada lumut dapat dijadikan bahan api untuk kegunaan kapal terbang. Jadi sekarang, penyelidik­an sedang dibuat, mungkin dalam masa enam bulan kita dapat hasil daripada penyelidik­an ini. ”

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Teknikal Sarawak (CENTEXS) sebagai Hab Kolaborasi TVET (TCH).

Pengiktira­fan ini bermakna tahap pembanguna­n Sarawak sudah menembusi satu tahap yang diiktiraf kerajaan Malaysia dan juga satu tahap yang mana Sarawak boleh membangun ke tahap yang lebih tinggi.

Sebab itu katanya, apabila beliau melancarka­n ekonomi digital pada 2018, beliau berpendapa­t ia adalah cara untuk Sarawak membangun dalam dunia yang bersaing dan menggunaka­n pendigital­an sebagai asas aktiviti ekonomi.

 ?? ?? FOKUS: Abang Johari bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak di Yayasan Sarawak, semalam.
FOKUS: Abang Johari bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak di Yayasan Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia