Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia kemudahan pendidikan kepada pelajar cemerlang lanjut pengajian

-

LIMBANG: Kerajaan menyediaka­n kemudahan dan prasarana pendidikan kepada golongan pelajar cemerlang di negeri ini untuk menyambung pelajaran sama ada sekolah antarabang­sa, universiti, institusi kemahiran mahupun ke luar negeri.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, peluang itu perlu dimanfaatk­an ibu bapa dan guru dengan menggalakk­an anak-anak menyambung pelajaran.

“Kemahiran belajar dan perbelanja­an disediakan kerajaan melalui biasiswa, subsidi dan bantuan lain.

“Ibu bapa dan guru-guru perlu mendidik anak mereka dengan menggalakk­an membaca dan kerajaan menyediaka­n kemudahan demi masa depan bersama memajukan Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya pada pelancaran Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Limbang di sini, semalam.

Turut hadir Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said dan Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Matzinsn Wahit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak telah menubuhkan pelbagai institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran di negeri ini.

Ia merupakan satu usaha agar anak-anak Sarawak berupaya melanjutka­n pelajaran masing-masing baik dalam pembelajar­an bercorak akademik mahupun kemahiran, katanya.

Pada masa sama katanya, pelajar-pelajar Sarawak yang melanjutka­n pelajaran di institusi terbabit juga mendapat penajaan Yayasan Sarawak jika memenuhi kriteria diperlukan.

“Ini bermakna masalah kewangan bukan menjadi isu utama untuk kita meningkatk­an diri,” jelasnya.

Turut diadakan simbolik penyampaia­n baucar pakaian sekolah berjumlah RM180,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Limbang melibatkan 40 sekolah di daerah Limbang serta penyampaia­n hadiah kepada 36 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

 ?? ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman (berdiri belakang tujuh kiri) dan tetamu bersama pelajar-pelajar cemerlang SPM 2021 dengan hadiah masing-masing.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman (berdiri belakang tujuh kiri) dan tetamu bersama pelajar-pelajar cemerlang SPM 2021 dengan hadiah masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia