Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo Pendidikan Sarawak amat penting untuk sebar luas peluang pendidikan

-

KUCHING: Yayasan Sarawak berkolabor­atif dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk mengurus biasiswa mereka bagi menaja pelajar menyambung pengajian di peringkat Diploma Perancanga­n Bandar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak.

Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli berkata, pelajar yang berjaya dijamin pekerjaan selepas graduasi di bawah perkhidmat­an awam bagi tempoh lima tahun.

“Ini adalah satu contoh peluang pendidikan yang pelajar tidak tahu dan sebab itu, Ekspo Pendidikan Sarawak ini sangat penting dan mesti dianjurkan supaya mereka mendapat akses kepada maklumat terkini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak yang disempurna­kan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Menurut Mersal, untuk pertama kalinya Yayasan Sarawak berkolabor­atif dengan rakan strategik pejabat residen, pejabat daerah dan pejabat pendidikan daerah bagi membantu menganjurk­an ekspo berkenaan.

Ia melibatkan 43 pejabat daerah dan 30 pejabat pendidikan daerah di 42 lokasi melibatkan kira-kira 12,000 pelajar.

Ekspo ini katanya, menyediaka­n sesi kaunseling, pameran dan peluang kepada pelajar untuk mendaftar di institusi yang terlibat.

Antara institusi terlibat ialah Curtin Sarawak, Kolej Universiti i-CATS, Kolej Laila Taib, Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS), SATT, Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak dan Pelita Maslaut.

“Objektif utama expo ini adalah untuk menyebarka­n maklumat mengenai peluang pendidikan terkini bagi pelajar terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini akan membolehka­n pelajar membuat pilihan dan keputusan terbaik bagi masa depan mereka serta bantuan kewangan yang disediakan oleh yayasan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) Datu Sabariah Putit dan Pengarah Pendidikan Negeri Datu Dr Azhar Ahmad.

 ?? — Gambar Penerangan ?? PELUANG KEEMASAN: Ekspo Pendidikan Sarawak berlangsun­g serentak di 42 lokasi di seluruh Sarawak anjuran Yayasan Sarawak.
— Gambar Penerangan PELUANG KEEMASAN: Ekspo Pendidikan Sarawak berlangsun­g serentak di 42 lokasi di seluruh Sarawak anjuran Yayasan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia