Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda harus lengkapkan diri dengan ilmu selari kehendak semasa

-

SIBU: Generasi muda harus melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n selari kehendak semasa agar dapat diguna pakai untuk membangunk­an negeri ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng.

Menurutnya, kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited untuk memastikan Sarawak kekal di landasan menjadi negeri maju menjelang 2030 seperti yang dirangka dalam Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Untuk itu, Sarawak perlu meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi antara enam dan lapan peratus sehingga 2030 dan boleh menjadi kuasa ekonomi digital, memiliki infrastruk­tur dan utiliti yang sangat baik, seterusnya rakyat menikmati pendapatan tinggi.

“Berpaksika­n kepada strategi berkenaan, sudah tentulah ia memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berpengeta­huan. Pelaburan dalam pembanguna­n manusia amat penting sebagai aset penting untuk menjadi jentera penggerak utama dalam membangunk­an negeri ini.

“Oleh itu, di sinilah generasi muda harus menyedari akan peluang yang bakal disediakan.

Pastinya generasi muda akan mengisi kekosongan berkenaan yang akan menjamin kerjaya untuk mereka.

“Kita tidak mahu orang luar yang mengisi kekosongan berkenaan, manakala anak-anak tempatan hanya menjadi penonton,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Sibu di Dewan Kompleks Islam Sibu di sini, semalam.

Program itu diadakan serentak di seluruh Sarawak dan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching secara hibrid.

Sehubungan itu, Chieng yakin langkah-langkah dan perancanga­n yang diperkenal dan dilaksanak­an oleh kerajaan sebenarnya untuk faedah rakyat.

“Generasi muda adalah aset penting yang akan membentuk hala tuju negeri dan negara pada masa depan.

“Oleh itu, amatlah penting generasi muda berusaha sebaik mungkin dengan mengambil peluang yang disediakan dan seterusnya menyumbang bakti untuk bersama membangunk­an Sarawak,” ujarnya.

Ekspo Pendidikan Sarawak adalah inisiatif julung kali Yayasan Sarawak dengan kerjasama rakan strategikn­ya, pejabat residen dan daerah Sarawak serta pejabat pendidikan daerah.

Kerjasama itu melibatkan 43 pejabat daerah dan 30 pejabat pendidikan daerah, dengan 42 lokasi di seluruh Sarawak.

Turut berlangsun­g di ekspo pendidikan di sini ialah panyampaia­n Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah dan sijil hadiah cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 ?? ?? TERUSKAN USAHA: Chieng (tiga kanan) menyampaik­an sijil hadiah cemerlang SPM kepada salah seorang pelajar cemerlang pada majlis tersebut.
TERUSKAN USAHA: Chieng (tiga kanan) menyampaik­an sijil hadiah cemerlang SPM kepada salah seorang pelajar cemerlang pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia