Utusan Borneo (Sarawak)

MCMF kembali secara fizikal pada Nov

Abdul Karim yakin ia akan dapat sambutan menggalakk­an seperti RWMF dan BJF

- Oleh Steve Annuar

“Kita pasti festival ini akan ‘meletop’ (mendapat sambutan hangat). ”

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

MIRI: Miri Country Music Festival (MCMF) bakal kembali pada November depan yang akan dijalankan secara fizikal di Eastwood Valley Golf and Country Club, di sini.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin dan percaya penganjura­nnya akan mendapat sambutan menggalakk­an seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dan Festival Jazz Borneo (BJF).

“Kita pasti festival ini akan ‘meletop’ (mendapat sambutan hangat),” ujarnya kepada pemberita di sini, semalam.

Seramai lebih 2,000 pengunjung termasuk peminat muzik country dari dalam dan luar Miri dijangka hadir memeriahka­n konsert itu nanti.

Edisi kelapan konsert itu akan diadakan pada 25 dan 26 November yang menampilka­n pemuzik tempatan dan antarabang­sa.

Artis antarabang­sa yang dijemput ialah Tantowi Yahya dari Indonesia, Johny Loda Trio dari Itali, Combodia Country Band (USA, Combodia) dan Ramon Cedillo (Singapura).

Ia turut dijayakan artis tempatan iaitu Lyia Meta, Kamal Bukhary, Session Band, Country Roads Band dan Mountai Wind.

Turut diadakan The Buku Project iaitu kempen mengumpul buku terpakai untuk didermakan kepada penduduk Long Lama dan Long Atip.

Projek bertujuan menambah sumber bahan bacaan, ilmu serta memperkasa­kan kemahiran membaca dalam kalangan penduduk pedalaman.

Untuk maklumat dan tiket sila kunjungi laman web www.miricountr­ymusic.com dan laman Miri Country Music Fest di Facebook.

Hadir sama ketika sidang media itu ialah Timbalan Menteri Datuk Sebastian Ting, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak Dennis Ngau, Ketua Pegawai Eksekutif Eastwood Kueh Chie Tiong, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Pelanconga­n Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Warzidea Ahmad dan Pengasas MCMF Gracie Geikie.

 ?? ?? PASTI HEBAT: Abdul Karim mengetuai acara memotong reben tanda simbolik pemilihan Eastwood sebagai lokasi penganjura­n MCMF.
PASTI HEBAT: Abdul Karim mengetuai acara memotong reben tanda simbolik pemilihan Eastwood sebagai lokasi penganjura­n MCMF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia