Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Nuba Laya dimasukkan dalam kalendar Perayaan Utama Limbang

-

LIMBANG: Pesta Nuba Laya sinonim dengan masyarakat Lun Bawang disenaraik­an antara program utama dimasukkan dalam kalendar Perayaan Utama Bahagian Limbang diadakan setiap tahun di utara Sarawak.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata Pesta Nuba Laya merupakan sejenis nasi masyarakat Lun Bawang diadakan pertama kali di sini tahun ini dianjurkan oleh Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) Cawangan Limbang.

“Melalui Pesta Nuba Laya, ia landasan memperkena­l keunikan dan keistimewa­an makanan selain dapat menyatukan masyarakat bersama penglibata­n dalam acara-acara sampingan sukan dan kebudayaan diadakan sepanjang Pesta Nuba Laya,” katanya ketika merasmikan Pesta Nuba Laya di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Limbang (MDL), Batu Biah di sini semalam.

Turut sama Pengawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Pengerusi PLBS Dolphina Alau Balang dan Pengerusi PLBS Cawangan Limbang yang juga pengerusi pengelola Pesta Nuba Laya 2022, Kaunselor Frederick Lalung Ngilo.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, Pesta Nuba Laya mempunyai keunikan tersendiri boleh dipromosik­an kepada luar.

Dr Abdul Rahman berkata, Limbang berusaha membangunk­an sektor pelanconga­n turut mempunyai banyak tempat menarik untuk diperkenal­kan kepada pelancong tempatan dan luar.

“Sektor pelanconga­n ini mampu meningkatk­an pendapatan selain memajukan sektor pertanian dan sebagainya,” jelas beliau.

Menurutnya, Limbang dapat memenuhi kriteria berkonsepk­an kebudayaan, pengembara­an, alam semula jadi dan makanan menarik pengunjung tempatan dan luar sekali gus memperkasa bidang pelanconga­n domestik.

“Selain itu, kedudukan Limbang terletak di pertengaha­n Borneo bersempada­n dengan dua daerah Sarawak iaitu Lawas dan Miri mampu menarik kemasukan pengunjung luar,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Abdul Rahman mengumumka­n peruntukan kerajaan berjumlah RM15,000 kepada PLBS Cawangan Limbang.

Pelbagai aktiviti diadakan pada Pesta Nuba Laya 2022 termasuk gerai jualan, Irau Nuba Laya, sukan badminton, bola tampar, tarik kalat lelaki dan wanita serta malam pentas kebudayaan.

 ?? ?? KEKAL KEASLIAN: Superi (kiri), Dr Abdul Rahman, Frederick dan Dolphina menunjukka­n nuba laya (nasi lembut) dibungkus menggunaka­n daun nyirik ketika merasmikan pesta itu semalam.
KEKAL KEASLIAN: Superi (kiri), Dr Abdul Rahman, Frederick dan Dolphina menunjukka­n nuba laya (nasi lembut) dibungkus menggunaka­n daun nyirik ketika merasmikan pesta itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia