Utusan Borneo (Sarawak)

AZAM Sarawak perhebatka­n usaha permudah pembanguna­n di Sarawak

-

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak berharap untuk memperheba­tkan usahanya untuk memudahkan pembanguna­n di Sarawak.

Pengerusin­ya Datu William Patrick Nyigor berkata, ia dilakukan dengan menggalakk­an kesedaran yang lebih tinggi tentang kepentinga­n pembanguna­n komunikasi dalam kalangan rakyat.

“Kita (AZAM Sarawak) akan memberi tumpuan kepada beberapa bidang strategik untuk mencapai matlamat ini.

“Ini termasuk meningkatk­an kesedaran tentang kepentinga­n komunikasi dalam program dan aktiviti pembanguna­n di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) AZAM Sarawak Ke-39 di sini, semalam.

Pada mesyuarat itu, William dilantik semula sebagai Pengerusi AZAM Sarawak untuk penggal 2022-2024.

Turut dilantik semula ialah Timbalan Pengerusi Dato Norhyati Mohd Ismail, Setiausaha Kehormat Mohamad Ariff Irwani Azahari dan Bendahari Kehormat Dato William Wei How Sieng. Ahli Lembaga Pengarah lain yang dipilih ialah Prof Madya Dr Margaret Chan Kit Yok, Norjanah Razali, Sharkawi Yassin, Dr Peter Mulok Kedit, Patrick Law Yong Ban, Charles Siaw dan Khairool Adzelan Aman.

Turut hadir pada AGM itu ialah Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain selaku bekas Pengerusi AZAM dan bekas Timbalan Pengerusi AZAM Datu Dr Hatta Solhee.

AZAM Sarawak mempunyai lebih 100 ahli aktif yang terdiri daripada pegawai kerajaan, profesiona­l pelbagai latar belakang, ahli sektor swasta dan korporat, pengamal media, pesara dan golongan belia.

Ditubuhkan pada 1983, AZAM Sarawak ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk memudahkan usaha pembanguna­n di Sarawak melalui komunikasi pembanguna­n.

Aktivitiny­a menyasarka­n pemimpin masyarakat, masyarakat luar bandar, belia dan wanita, barisan hadapan pembanguna­n, pengamal media, murid sekolah dan orang awam.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pegawai Komunikasi AZAM Sarawak Nissa Normin menerusi talian 082411799 atau e-mel nissa@azam.org.my.

 ?? ?? MANTAP: William (barisan depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama barisan ahli Lembaga Pengarah AZAM yang baru dipilih untuk penggal 2022-2024.
MANTAP: William (barisan depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama barisan ahli Lembaga Pengarah AZAM yang baru dipilih untuk penggal 2022-2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia