Utusan Borneo (Sarawak)

Zaman berubah, peluang lanjut pelajaran di depan mata

Pelajar perlu membuat permohonan sesuai dan setimpal dengan keputusan diperolehi terutama bagi lepasan SPM

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

“Peluang menuntut ilmu dan melanjutka­n pelajaran kini berada di hadapan mata, tidak perlu menuntut ilmu ke institusi jauh di luar negara mahupun luar negeri. ”

Datuk Dr Juanda Jaya Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman

MUKAH: Peredaran masa dan zaman turut membawa perubahan dalam institusi pendidikan. Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya berkata, peluang melanjutka­n pelajaran kini dipermudah­kan dan tidak perlu pergi jauh.

“Peluang menuntut ilmu dan melanjutka­n pelajaran kini berada di hadapan mata, tidak perlu menuntut ilmu ke institusi jauh di luar negara mahupun luar negeri,” katanya pada Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Matu di Dewan Suarah Matu, semalam. Menurutnya, apa yang penting pelajar perlu membuat permohonan sesuai dan setimpal dengan keputusan diperolehi terutama bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, penilaian memilih institusi pendidikan tinggi kini harus sesuai dengan pasaran kerja dan keputusan diperolehi. “Bukannyabe­rdasarkanm­inat semata-mata yang akhirnya kerap menjadi masalah apabila tiba ke alam pekerjaan.

“Kerajaan negeri menyediaka­n pelbagai institusi pengajian berkemahir­an bersifat tempatan demi memudahkan pelajar negeri ini melanjutka­n pengajian mereka,” jelasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu menasihati pelajar lepasan SPM hanya melalui pendidikan mereka dapat mengubah nasib diri dan keluarga.

“Hanya dengan pendidikan dapat mengubah masa depan dan ia telah pun terbukti,” katanya.

Majlis sama turut menyaksika­n penyerahan baucar bantuan pakaian sekolah daripada Yayasan Sarawak bernilai RM200 kepada 442 pelajar sekolah yang layak.

Seramai 18 pelajar cemerlang dalam SPM turut diberikan Sijil Premium RM500 daripada Yayasan Sarawak. Turut hadir Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad dan Penolong Pengarah Yayasan Sarawak Jolly Merikan.

 ?? ?? TERUS PERJUANGAN: (Depan, duduk dari dua kiri) Wan Hipni, Juanda, Jolly serta yang lain ketika ekspo pendidikan di Matu, semalam.
TERUS PERJUANGAN: (Depan, duduk dari dua kiri) Wan Hipni, Juanda, Jolly serta yang lain ketika ekspo pendidikan di Matu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia