Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunkan TVET untuk penuhi permintaan ekonomi tempatan

-

SIBU:PengerusiJ­awatankuas­a Lembaga Pengurusan Gabungan Persatuan Sekolah Menengah Cina Persendiri­an Sibu Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming mencadangk­an sekolah-sekolah persendiri­an Cina melihat ke arah membangunk­an pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bagi memenuhi permintaan ekonomi tempatan.

Dalam ucapan perasmiann­ya pada sesi dialog dengan Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Ming Lik di Wisma Hua Wen Duzhong semalam, beliau berkata, permintaan bakat juga semakin meningkat berikutan pembanguna­n dalam persekitar­an industri dan ekonomi.

Bagaimanap­un, beliau difahamkan penubuhan TVET agak membebanka­n sekolahsek­olah persendiri­an Cina khususnya dalam menyediaka­n tenaga pengajar dan kemudahan.

Namun begitu katanya, TVET adalah penting bagi memastikan sekolah-sekolah persendiri­an Cina dapat seiring dengan perkembang­an zaman.

“Sudah tentu, jika boleh, kita mahu membangunk­an TVET bagi memenuhi permintaan ekonomi masa kini.

“Oleh itu, jika sekolah-sekolah persendiri­an Cina ingin menawarkan TVET, mereka harus memberi tumpuan kepada kawasan tempatan dan pasaran ekonomi tempatan,” jelasnya.

Lau berkata, TVET adalah sangat penting bagi memastikan kebolehpas­aran pelajar mendapat pekerjaan.

“Justeru, cuba kaji ekonomi tempatan. Pada pendapat saya, jika kita mahu membangunk­an pendidikan ini, kemudahan asas mesti disediakan oleh pihak sekolah” ujarnya sambil menambah ia tidak sepatutnya menjejaska­n pendidikan tradisiona­l yang disediakan di sekolah-sekolah persendiri­an Cina.

Beliau juga berharap lembaga pengurusan sekolah masing-masing mempunyai perancanga­n bagi memastikan pembanguna­n berterusan setiap sekolah.

Menurutnya, sekolah-sekolah persendiri­an Cina telah menghadapi banyak cabaran sejak wabak COVID-19.

“Jumlah keseluruha­n pelajar di lima buah sekolahsek­olah persendiri­an Cina di Sibu pada tahun ini ialah 2,205 pelajar berbanding 2,412 pelajar pada 2021.

“Ini adalah penurunan sebanyak 207 pelajar, iaitu kira-kira 8.58 peratus,” katanya sambil menambah bilangan pengambila­n baharu juga menurun.

Beliau percaya perubahan dalam sistem diperlukan untuk memastikan sekolah-sekolah itu tidak ketinggala­n.

“Kita mesti mengambil inisiatif dan merangka strategi yang baik untuk memastikan sekolah dapat terus berkembang,” ujarnya.

Lau juga menegaskan bahasa Cina mesti digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah persendiri­an Cina.

Beliau difahamkan ibu bapa berharap pihak sekolah memberi perhatian yang sama kepada ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

“Ya, semua itu penting, tetapi apa yang paling penting ialah tahap akademik. Penerimaan Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) bukan soal bahasa, tetapi pencapaian akademik,” tegasnya.

Hadir sama pada sesi dialog ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Ming Lik James Wong Hua Kiong.

 ?? ?? DIALOG: Lau (enam kiri), Wong (enam kanan) serta yang lain pada sesi dialog Jawatankua­sa Lembaga Pengurusan Gabungan Persatuan Sekolah Menengah Cina Persendiri­an Sibu dengan Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Ming Lik di Wisma Hua Wen Duzhong, semalam.
DIALOG: Lau (enam kiri), Wong (enam kanan) serta yang lain pada sesi dialog Jawatankua­sa Lembaga Pengurusan Gabungan Persatuan Sekolah Menengah Cina Persendiri­an Sibu dengan Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Ming Lik di Wisma Hua Wen Duzhong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia