Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar kecil Nanga Ngemah akan dimajukan: Anyi

-

Pasar kecil Nanga Ngemah akan dimajukan sebagai tempat penduduk untuk menjalanka­n aktiviti perniagaan dan sebagainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, tempat itu dikira sebagai unik, paling lama dan bersejarah tetapi tidak dijaga.

“Apabila ia sudah dinaik taraf nanti mungkin ada tebingan sungai dibina dan akan menambah wajah pekan Nanga Ngemah untuk menarik para pengunjung yang melalui pekan tersebut dari Sibu ke Kapit dan sekitarnya.

“Pasar itu dibaik pulih dan dibina baharu pun sudah ada perancanga­n. Jadi, lokasi dibina baharu terletak di persimpang­an jambatan baharu.

“Pasar lama kita akan baik pulih kerana unik, nak dikatakan berusia 100 tahun mungkin tidak sampai, tapi ia memang pasar lama,” jelasnya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Ngiling Bidai Gereja Methodist

Iban Sibu Jaya Tahun 2022, malam kelmarin.

Menurutnya, banyak rancangan untuk meningkatk­an ekonomi penduduk tempatan dari segi pertanian, perikanan dan sebagainya, itu masih dalam proses mendapatka­n dana.

“Setakat ini yang kita telah buat melalui makmal sosioekono­mi Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA). Yang lebih penting kita tengok sekarang ialah kita ingin memajukan pekan kecil Nanga Ngemah,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, Anyi memberitah­u, dana pendidikan telah ditubuhkan semenjak menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut untuk membantu pelajar-pelajar melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Bagaimanap­un, peruntukka­n yang layak bermula tahun ini bagi mereka sama ada bapa atau ibu adalah dari DUN Ngemah dan mereka perlu mengemukak­an surat tawaran apabila memohon dana itu.

“Setakat ini kita telah berbincang tentang pengagihan dana tersebut, pertama untuk pelajar yang melanjutka­n pelajaran ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana. Dana itu diagihkan untuk diploma (RM500), ijazah sarjana muda (RM1,000) dan ijazah sarjana (RM1,500).

“Kedua, untuk pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan 4A ke atas, boleh menghantar slip keputusan kepada Pusat Khidmat N.49 Ngemah.

“Saya berharap dana ini sedikit sebanyak dapat menampung keperluan anak-anak di kawasan DUN Ngemah untuk membiayai pendidikan mereka,” ujarnya sambil menambah dana tersebut diberikan secara ‘one-off.’

Hadir sama ialah Tuai Gawai Ngiling Bidai Gereja Methodist Iban Sibu Jaya bekas Penghulu Kunsu Belayong, Pengerusi Gereja Methodist Iban Sibu Jaya Jampi Budul dan Penyelia UKAS Bahagian Sibu Jelani Ajang.

 ?? ?? RAI BERSAMA: Anyi (empat kiri) memalu gong simbolik Majlis Ngiling Bidai Gereja Methodist Iban Sibu Jaya Tahun 2022, malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Anyi (empat kiri) memalu gong simbolik Majlis Ngiling Bidai Gereja Methodist Iban Sibu Jaya Tahun 2022, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia