Utusan Borneo (Sarawak)

Graduan lulusan TVET mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja

-

Graduan lulusan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) mempunyai peluang cerah mendapat pekerjaan disebabkan permintaan tinggi di pasaran kerja, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Katanya, ini berikutan negeri ini khususnya di Wilayah Tengah Sarawak mengalami pembanguna­n pesat dalam bidang perindustr­ian dan memerlukan individu berkemahir­an dalam bidang teknikal dan vokasional.

“Langkah kerajaan pada masa sekarang yang menekankan aspek teknologi tinggi serta teknikal adalah tepat pada masanya kerana seperti semua maklum, ia amat diperlukan sektor perindustr­ian di Taman Perindustr­ian Samalaju serta industri lain di negeri ini,” katanya pada Majlis Konvokesye­n Ke-25 Pusat Latihan Teknologi

Tinggi (ADTEC) Bintulu di sini, semalam.

Pada konvokesye­n kali ini, seramai 239 graduan menerima sijil diploma masing-masing dalam enam pengkhusus­an utama iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik (Kuasa), Teknologi Kimpalan, Teknologi Mekatronik, Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas dan Penyejukbe­kuan dan Penyamanan Udara.

Talib berkata, tamatnya pengajian merupakan hanya satu permulaan buat setiap graduan sama ada mereka terus bekerja atau melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Bagi graduan yang menceburi bidang pekerjaan selepas ini, lakukan kerja diamanahka­n dengan baik seperti kelayakan anda dan bagi menyambung pelajaran, buat terbaik dalam bidang masingmasi­ng supaya mempunyai kemahiran tinggi mengikut kepakaran terdapat dalam diri anda sendiri,” katanya.

Menurutnya, graduan bekerja selepas tamat pengajian digesa memperbaik­i kemahiran masing-masing dengan mempelajar­i terkini dalam bidang pekerjaan diceburi.

Hadir sama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhammad Yakup Kari dan Pengarah ADTEC Bintulu Ab Rahman Mohd Said.

 ?? ?? CEMERLANG: Talib menyampaik­an Anugerah Graduan Terbaik kepada Monica Jaba Bana dari Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) pada Majlis Konvokesye­n Ke-25 Pusat ADTEC Bintulu, semalam.
CEMERLANG: Talib menyampaik­an Anugerah Graduan Terbaik kepada Monica Jaba Bana dari Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) pada Majlis Konvokesye­n Ke-25 Pusat ADTEC Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia