Utusan Borneo (Sarawak)

Chan terima sumbangan kerusi roda daripada Ahli Parlimen Sarikei

-

Seorang lelaki mengalami retak tulang kaki dan berhadapan kesukaran berjalan mendapat perhatian Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong.

Lelaki terbabit, Chan Kan San retak tulang kaki setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan lalu.

Menurut Andrew, sejurus menerima berkaitan masalah dihadapi oleh Chan, pasukan dari Pusat Khidmat Parlimen Sarikei memutuskan menghulurk­an bantuan kepadanya.

“Dalam keputusan tersebut, kita sebulat suara membantu mangsa dengan memberi sebuah kerusi roda.

“Kerusi roda itu dihantar ke rumah Chan di Jalan Tung Yee di sini,” katanya ketika menghubung­i media, semalam.

Andrew berkata, pihaknya turut dimaklumka­n Chan baru sahaja keluar dari Hospital Sarikei selepas mendapatka­n rawatan.

Katanya, Chan turut memaklumka­n beliau memerlukan rehat panjang untuk memastikan kecederaan dialaminya pulih sepenuhnya.

“Kita berharap dengan bantuan itu dapat meringanka­n beban dan masalah dihadapi oleh Chan dan kita turut berdoa agar beliau sembuh dengan segera,” jelasnya.

Turut hadir Penolong Khas Ahli Parlimen Sarikei Roderick Wong serta ahliahli Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

 ?? ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Andrew (dua kanan) bersama rombongan menyerahka­n kerusi roda kepada Chan di Sarikei.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Andrew (dua kanan) bersama rombongan menyerahka­n kerusi roda kepada Chan di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia