Utusan Borneo (Sarawak)

Larian amal Hotel Dynasty pada 25 September

Ketua Bomba Zon Tujuh kunjungi Residen Limbang

-

Larian amal Hotel Dynasty (Dynasty Charity Run 18) kembali lagi pada 25 September buat kali ke-18 dalam usaha membantu mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan ke arah masyarakat penyayang.

Menurut pengerusi penganjur Stanley Gena, dana yang berjaya dikumpulka­n akan digunakan sebaiknya bagi penganjura­n tahunan sumbangan sempena sambutan perayaan, selain disalurkan kepada badan-badan kebajikan di sini.

“Selain untuk membantu badan-badan kebajikan di sini, dana terbabit juga akan digunakanu­ntukmembel­ibarangan keperluan kepada mereka yang memerlukan terutama pada musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri,” jelasnya pada sidang media di sini, baru-baru ini.

Ujar Stanley, hadiah wang tunai lebih RM12,400 ditawarkan kepada peserta untuk tiga kategori larian.

Kategori berkenaan ialah 10KM lelaki dan wanita terbuka, 10KM lelaki dan wanita veteran terbuka dan 4KM Fun Run.

Pendaftara­n penyertaan dibuka sehingga 15 Ogos dan bayaran untuk ‘early bird’ ditawarkan sehingga 31 Julai mengikut kategori masing-masing.

“Bayaran awal atau ‘early bird’ bagi kategori 10KM lelaki dan wanita terbuka serta 10KM lelaki dan wanita veteran terbuka ialah RM60 manakala kategori 4KM Fun Run adalah RM50. Oleh itu, kami mengalu-alukan mereka yang berminat menyertai larian ini agar merebut peluang awal bagi mendapatka­n harga tawaran terbabit,” katanya.

Borang penyertaan boleh diperolehi di Hotel Dynasty, Share Tea Pusat Komersial Boulevard atau pendaftara­n secara dalam talian di http:// bulatanpar­krunnerscl­ub. com/dynastyrun.

Larian amal bertemakan ‘Help The Needy Towards A Caring Society’ pada masa sama turut mempromosi­kan gaya hidup sihat kepada masyarakat setempat.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubung­i Stanley di talian 019-489 2215, Donald Vincent (016-522 1510) atau Presiden Kelab Bulatan Park Runners Tang Swee Ming (019-884 4172).

Hadir sama pada sidang media itu ialah penolong pengerusi penganjur Christine Pui serta ahli jawatankua­sa yang lain.

LIMBANG: Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal mengadakan kunjungan hormat terhadap Residen Bahagian Limbang Sebi Abang di Pejabat Residen di sini, kelmarin.

Kunjungan itu bagi memperkena­lkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang yang baharu Chong Bui Chyan selain menjemput Residen Bahagian Limbang memeriahka­n Program Bomba Komuniti diadakan di sini, hari ini (Ahad).

Chong, 36, sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasata­n kebakaran di Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Ibu Pejabat Bomba Sarawak dan dinaikkan pangkat pada 7 Jun lalu, dilantik sebagai Ketua BBP

Limbang berkuat kuasa tarikh sama.

 ?? ?? KUNJUNGAN HORMAT: Sebi (tengah) menerima kunjungan daripada Mohd Hazmin (kanan) dan Chong (kiri) di Pejabat Residen Bahagian Limbang kelmarin.
KUNJUNGAN HORMAT: Sebi (tengah) menerima kunjungan daripada Mohd Hazmin (kanan) dan Chong (kiri) di Pejabat Residen Bahagian Limbang kelmarin.
 ?? ?? SERTAI KAMI: (Empat kiri) Stanley bersama ahli jawatankua­sa yang lain mengalu-alukan warga Miri menyertai larian amal Hotel Dynasty.
SERTAI KAMI: (Empat kiri) Stanley bersama ahli jawatankua­sa yang lain mengalu-alukan warga Miri menyertai larian amal Hotel Dynasty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia