Utusan Borneo (Sarawak)

One Stop Superstore rancang buka outlet ketiga di Satok

-

One Stop Superstore merancang untuk membuka cawangan ketiga francais runcitnya di Satok menjelang hujung Ogos depan.

Berita baik itu dimaklumka­n oleh Pegawai Pemasaran One Stop Superstore Sarawak Mandy Cheung kepada pemberita sebagai salah satu proses pengembang­an perniagaan pihaknya yang telah lama berpangkal­an di Sabah.

“Terdapat sebanyak 104 premis One Stop Superstore di seluruh Sabah, manakala di Sarawak terdapat sebuah premis masing-masing di Batu Kawa dan Kuching Sentral,” ujarnya ketika ditemui pada majlis perasmian outlet kedua One Stop Superstore di Kuching Sentral di sini, hari ini yang dihadiri Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Turut hadir Pengarah Urusan One Stop Superstore Jeff Lu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Sabah Datuk Masiung Banah; ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap dan Setiausaha Politik di Pejabat Premier Sarawak Tan Kai.

Mereka turut disertai Pengarah Urusan Summer Mall Dato Lee Chee Fui, Pengarah Urusan LEA Sports Centre Raymond Sim, Pemangku Pengarah KPDNHEP Sarawak Peter J. Berinus dan

Pengarah Eksekutif One Stop Superstore Sarawak Tony Wong.

One Stop Superstore seperti juga anak syarikat francaisny­a seperti Ninso dan Orange Convenient

Store turut menjual pelbagai barangan keperluan rumah pada harga yang sangat berpatutan.

Premisnya menyediaka­n kepuasan membeli-belah dengan suasana kondusif dan 10,000 pilihan pembelian terbaik kualiti produk yang dijamin selama 90 hari pemulangan wang.

“Kita menyediaka­n jaminan pemulangan wang untuk barangan pelanggan dalam tempoh 90 hari selepas pembelian dengan hanya membawa resit sebagai bukti pembelian mereka. Selain itu, pelanggan yang menjadi ahli seumur hidup dengan bayaran satu kali RM10 akan menikmati bonus, pengumpula­n mata, harga rebat dan banyak lagi,” tambah Cheung.

Pada masa sama, untuk menyokong kepada pemulihan ekonomi Malaysia, pihaknya menyasarka­n pembukaan 50 premis yang sama menjelang 2025 dan percaya ia mampu mencipta sekitar 600 peluang pekerjaan di Sarawak.

One Stop Superstore beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan kemas kini berkaitan jualan dan promosi boleh melayari Facebook di onestopsup­erstoresar­awak.

Sempena pembukaan itu, diskaun hebat diberikan serendah RM1 ke atas barangbara­ngan pilihan bermula semalam dan hari ini.

 ?? ?? MERAKAMKAN KENANGAN: (Dari kiri) Lee, Masiung, Tan Kai, Raymond, Nanta, Wilfred, Jeff dan Tony merakamkan kenangan.
MERAKAMKAN KENANGAN: (Dari kiri) Lee, Masiung, Tan Kai, Raymond, Nanta, Wilfred, Jeff dan Tony merakamkan kenangan.
 ?? ?? PELBAGAI: Pelbagai produk berkualiti boleh diperolehi pada harga sangat berpatutan di One Stop Superstore Kuching Sentral.
PELBAGAI: Pelbagai produk berkualiti boleh diperolehi pada harga sangat berpatutan di One Stop Superstore Kuching Sentral.
 ?? ?? SIMBOLIK: (Dari kiri) Lee, Tony, Peter, Wilfred, Alexander Nanta, Jeff, Masiung, Raymond dan Tan Kai memotong reben sebagai simbolik perasmian One Stop Superstore di Kuching Sentral, semalam.
SIMBOLIK: (Dari kiri) Lee, Tony, Peter, Wilfred, Alexander Nanta, Jeff, Masiung, Raymond dan Tan Kai memotong reben sebagai simbolik perasmian One Stop Superstore di Kuching Sentral, semalam.
 ?? ?? RASMI: Nanta menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian One Stop Superstore di Kuching Sentral, semalam.
RASMI: Nanta menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian One Stop Superstore di Kuching Sentral, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia