Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Tengah ketuai delegasi Sarawak kunjungi FFI di Perth

Delegasi diberi taklimat cadangan kilang hidrogen hijau di Sarawak

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak melawat Ibu Pejabat Fortescue Future Industries (FFI) di Perth, Australia kelmarin.

Dalam lawatan dua jam itu, mereka diberi taklimat mengenai cadangan FFI untuk menyediaka­n kilang pengeluara­n hidrogen hijau di Sarawak.

Awang Tengah dalam ucapannya menegaskan, Sarawak sentiasa mengekalka­n pelaburan yang menarik.

“Kita menyokong cadangan projek ini kerana ia selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).

“Ia juga bertujuan untuk memartabat­kan Sarawak menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang 2030 melalui kemakmuran ekonomi, keterangku­man sosial dan kelestaria­n alam sekitar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Awang Tengah, pemanasan global telah mempercepa­tkan penggunaan teknologi yang lebih bersih.

“Ia juga bertujuan untuk memartabat­kan Sarawak menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang 2030 melalui kemakmuran ekonomi, keterangku­man sosial dan ” kelestaria­n alam sekitar.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Premier Sarawak

“Perang Rusia dan Ukraine juga telah mempercepa­tkan langkah ke arah sumber tenaga hijau alternatif dan bukannya kebergantu­ngan kepada bahan api fosil,” ujarnya.

Turut mengikuti rombongan itu ialah Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Datu Abdullah Zaidel.

Hadir sama Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak Dzulkornai­n Masron, Penasihat MINTRED Datuk Mohd Naroden Majais dan pegawai khas MINTRED Datu Liaw Soon Eng.

 ?? ?? TERTARIK: Awang Tengah bersama delegasi Sarawak ketika mendengar taklimat di Ibu Pejabat FFI ketika melawat Ibu Pejabat FFI di Perth, Australia kelmarin.
TERTARIK: Awang Tengah bersama delegasi Sarawak ketika mendengar taklimat di Ibu Pejabat FFI ketika melawat Ibu Pejabat FFI di Perth, Australia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia