Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah Harta Intelek di Bintulu, 28 Jun ini

-

Institute of Ecosystem Science Borneo (IEB) akan menganjurk­an ceramah Harta Intelek (IP) dalam Inovasi pada Selasa, 28 Jun ini mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari secara dalam talian.

Program itu menjemput dua penceramah iaitu Pengarah Urusan IP SENSE Sdn Bhd Jasdeep Singh dan Pengarah IP SENSE Sdn

Bhd Edna Aloysius.

Manakala moderatorn­ya, Pasca Kedoktoran Institut Ekosains Borneo (IEB) Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Dr Khan Waseem Razzaq.

Ceramah dalam talian itu adalah melalui Webex di https://upm.webex.com/upm/j.php, ID: 2644790163­4, kod masuk TALK2022.

Sijil digital turut disediakan dan mata Continuing Profession­al Developmen­t (CPD untuk kakitangan UPM.

Justeru, semua kakitangan UPMKB khususnya ahli akademik, pegawai penyelidik, pegawai sains atau penolong pegawai sains dan lepasan ijazah dipelawa menyertai ceramah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia