Utusan Borneo (Sarawak)

Pengunjung pameran dipelawa terokai pelbagai produk Sarawak

-

Pengunjung ke pameran ‘Specialty & Fine Food Asia 2022’ di Singapura dipelawa menerokai pelbagai produk Sarawak.

Pengurus Perdaganga­n dan Pelaburan STATOS TC Tan berkata, terdapat banyak perdaganga­n dua hala dan pertukaran pelaburan antara Singapura dan Sarawak dalam tempoh dua hingga tiga bulan lepas sejak pembukaan sempadan.

Katanya, ramai wakil pengeluar turut serta pada pameran tersebut dengan 25 syarikat menyediaka­n sampel produk dan maklumat mereka bagi Sarawak.

Produk yang dipamerkan termasuk sambal laksa Sarawak, sambal ikan, kopi Liberica Sarawak Rainforest, teh susu tiga lapis, teh botanikal Kokokam, tuak dan banyak lagi.

Satu lagi produk baharu dalam pasaran Singapura ialah pelbagai beras berwarna dari Lubok Nibong, Simunjan dan tanah tinggi Bario.

Beras ini mendapat warna secara semula jadi yang mana kaya dengan nutrisi dan antioksida.

Pengasas Bersama dan Presiden Persatuan SME Sarawak Datuk Seri Charles Voon merangkap ahli majlis Persekutua­n Perniagaan Sarawak berkata pihaknya berterima kasih kepada

STATOS atas kelancaran pameran tersebut.

Menerusi inisiatif ini katanya, mereka menerima banyak minat daripada peniaga antarabang­sa ke atas produk Sarawak.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan berharap lebih banyak lagi produk dan pengekspor­t akan mengekspor­t ke Singapura.

 ?? ?? MENDAPAT SAMBUTAN: Pengunjung mencuba produk Sarawak yang dipamerkan pada ‘Specialty & Fine Food Asia 2022’ di Singapura.
MENDAPAT SAMBUTAN: Pengunjung mencuba produk Sarawak yang dipamerkan pada ‘Specialty & Fine Food Asia 2022’ di Singapura.
 ?? ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Thomas (berdiri tengah) dan ahli-ahlinya memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Losberne.
PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Thomas (berdiri tengah) dan ahli-ahlinya memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Losberne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia