Utusan Borneo (Sarawak)

PMU jalankan program CSR di Kampung Penat

-

Seramai 56 pelajar semester tiga Diploma Pengajian Perniagaan, Jabatan Perdaganga­n Politeknik Mukah (PMU) serta 21 pensyarah menjayakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam bidang keusahawan­an di Kampung Penat, Oya dekat sini baru-baru ini.

Turut serta menjayakan program tersebut ialah seramai 25 wanita dari Kampung Penat, Oya.

Program itu bagi memberi pendedahan meluas kepada pensyarah dan komuniti berkaitan keusahawan­an sosial serta sebagai salah satu landasan menyebar luas dan mempromosi program diploma ditawarkan di PMU.

Jurucakapn­ya, Nur Azlinda Md Saru memberitah­u, program bersifat keusahawan­an sosial itu pertama kali dilaksanak­an oleh PMU tahun ini.

Menurutnya, ia merupakan anjuran Jabatan Perdaganga­n dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan PMU.

“Peserta didedahkan dengan kursus pembuatan sos cili secara amali yang boleh dijadikan aktiviti penjanaan pendapatan khususnya bagi kaum wanita di kampung tersebut,” katanya.

Beliau berkata, program sedemikian diharapkan dapat dilaksanak­an pada masa akan datang agar memberi manfaat khususnya kepada golongan sasar.

Kursus dikendalik­an Pengarah Urusan Mommy Project Enterprise Norlaili Shuhada Shaari selaku pengajar jemputan.

“Aktiviti itu memberi pendedahan kepada pelajar untuk memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasam­a, kesamarata­an, merendah diri dan bertanggun­gjawab,” jelasnya.

Perasmian program tersebut disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Akademik PMU Iskandar Reduan.

Turut hadir Penghulu merangkap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Kampung Penat, Oya Jefferina Galau.

 ?? ?? BERJAYA: Pelajar dan pensyarah merakamkan kenangan pada program tersebut.
BERJAYA: Pelajar dan pensyarah merakamkan kenangan pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia