Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan kecergasan salah satu platform pelihara kesihatan diri

-

Persatuan kecergasan adalah salah satu platform untuk memastikan kesihatan dan kecergasan diri serta mental berada di tahap terbaik.

Ketua Masyarakat Kaum Iban Marudi Pemanca Randi Bundan berkata, ia juga dapat menyampaik­an mesej penting kepada masyarakat berbilang kaum tentang kepentinga­n berpersatu­an.

“Persatuan harus menarik seberapa ramai ahli supaya masyarakat sihat dapat bekerja dan memberi kesan positif kepada pendapatan diri sendiri keluarga dan negara,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Ladies Nite Gawai Dayak anjuran Fitness dan Cottage Dance Marudi di sini, malam kelmarin.

Randi berkata, persatuan juga dapat mengukuhka­n perpaduan dalam masyarakat, justeru kerajaan menggalakk­an rakyat agar berpersatu­an secara sihat.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n tahniah kepada penganjur majlis tersebut yang berjaya menghimpun­kan penduduk sekitar Marudi.

“Kepada semua ahli persatuan yang hadir diucapkan tahniah dan syabas, saya harap ahli persatuan terus mengamalka­n persaingan yang sihat dalam apa jua aktiviti atau program yang dianjurkan,” jelasnya.

Sementara itu keputusan pertanding­an Ibu Angun dimenangi Hii Mee Ping, naib johan disandang Sediah Ningkan dan tempat ketiga diraih Alice Lau, manakala pemenang sagu hati ialah Urai Anyi, Mary Besar dan Jacqueline Gau.

Manakala, ‘Lady of the Nite’ disandang Louisa Ali dan ‘Man of the Nite’ dimenangi Penghulu Keir Sulang Ujai.

 ?? ?? TAHNIAH: ‘Man and lady of the Nite’ menerima hamper daripada Juman Nyua.
TAHNIAH: ‘Man and lady of the Nite’ menerima hamper daripada Juman Nyua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia