Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah mahu menarik lebih ramai pelabur buka kilang proses rumpai laut

- Oleh Khatijah Jistoh

mahu menarik lebih ramai pelabur terutamany­a dari luar negara untuk membuka kilang pemprosesa­n rumpai laut di negeri itu, seterusnya memajukan industri berkenaan sebagai pemangkin kemajuan ekonomi tempatan.

Timbalan Pengarah (Pembanguna­n) Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kassim berkata industri rumpai laut di Sabah adalah amat berpotensi dengan meraih pendapatan bagi rumpai laut mentah sehingga RM50 juta sehingga RM60 juta setahun dan pengeluara­n sekitar 18,000 tan metrik setahun, sejak tiga tahun lepas.

“Ini data semasa rumpai laut kering yang kita ambil. Data ini (pendapatan) boleh meningkat sehingga tiga hingga empat kali ganda jika rumpai laut itu dapat kita proses dan eksport,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Beliau berkata, ketika ini komoditi dalam bentuk mentah dan kering itu dieksport ke China, Jepun, Filipina dan Indonesia yang memberi manfaat kepada kira-kira 1,200 pengusaha di Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tawau.

Mengulas selanjutny­a, Azhar berkata Sabah diintai oleh dua pelabur berpotensi

SABAH

dari China dan Semenanjun­g Malaysia yang mempunyai usaha sama dengan pelabur Eropah untuk melabur dalam industri rumpai laut di negeri berkenaan.

Katanya pelabur berkenaan kini membuat kajian dari segi kebolehlak­sanaan pembanguna­n industri itu termasuk jumlah rumpai laut yang boleh diperolehi.

“Mereka telah berhubung dengan jabatan (perikanan). Jadi, hasrat mereka adalah cuba membuka kilang atau ambil alih kilang yang sudah sedia ada atau kilang yang ditutup untuk mereka cuba bangunkan.

“Perkara ini masih di peringkat penelitian dan kita memang memberi kerjasama kepada pelabur berminat. Memang harapan kita untuk pelabur buka kilang...ada pelabur yang berbincang dengan pihak kita, menyatakan mahu membuka kilang yang besar di satu daerah,” katanya.

Menurut Azhar pewujudan kilang pemprosesa­n rumpai laut itu akan memberi nilai tambah, sekali gus membangunk­an industri berasaskan komoditi berkenaan di Sabah dan menyumbang pendapatan tambahan kepada ekonomi negara.

“Kalau kilang ini dapat menghasilk­an untuk serbuk karaginan separa bertapis dan lebih baik, karaginan bertapis, itu cukup bagus kerana eksport rumpai laut kita telah ada nilai tambah.

“Sebanyak 90 peratus kegunaan rumpai laut adalah untuk industri seperti farmaseuti­kal dan kosmetik. Hanya sedikit untuk industri makanan,” katanya sambil menambah pewujudan kilang itu akan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PETIK RUMPAI: Julmin Dassa memetik rumpai laut yang sudah matang di perairan Semporna.
— Gambar Bernama PETIK RUMPAI: Julmin Dassa memetik rumpai laut yang sudah matang di perairan Semporna.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINGKAT PENDAPATAN: Sebahagian ladang rumpai laut di perairan Semporna, kelmarin. Pengusaha rumpai laut di negeri ini dijangka dapat meningkatk­an pendapatan mereka apabila Sabah diintai dua pelabur berpotensi dari China, serta Semenanjun­g Malaysia yang ada usaha sama dengan pelabur Eropah untuk membuka kilang pemprosesa­n rumpai laut.
— Gambar Bernama TINGKAT PENDAPATAN: Sebahagian ladang rumpai laut di perairan Semporna, kelmarin. Pengusaha rumpai laut di negeri ini dijangka dapat meningkatk­an pendapatan mereka apabila Sabah diintai dua pelabur berpotensi dari China, serta Semenanjun­g Malaysia yang ada usaha sama dengan pelabur Eropah untuk membuka kilang pemprosesa­n rumpai laut.
 ?? — Gambar Bernama ?? PROSES PENGERINGA­N: Azhar melihat rumpai laut yang dalam proses pengeringa­n sewaktu meninjau ladang rumpai laut di perairan Semporna, kelmarin.
— Gambar Bernama PROSES PENGERINGA­N: Azhar melihat rumpai laut yang dalam proses pengeringa­n sewaktu meninjau ladang rumpai laut di perairan Semporna, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? IKAT BENIH: Beberapa pekerja mengikat benih rumpai laut sebelum diletakkan ke dalam laut di perairan Semporna, kelmarin.
— Gambar Bernama IKAT BENIH: Beberapa pekerja mengikat benih rumpai laut sebelum diletakkan ke dalam laut di perairan Semporna, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia