Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran tentera tidak berpencen rayu tambahan RM200 bantuan sara hidup

Hampir 50% daripada ahli persatuan dikategori­kan veteran daif dan perlu dibantu

-

“Selain itu, kami turut berharap kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri dapat memberi sumbangan rumah baharu kepada veteran yang tiada tanah dan rumah sendiri untuk meneruskan kehidupan.

KOTA BHARU: Lebih 71,000 veteran tentera di seluruh negara yang berdaftar di bawah Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM) merayu kerajaan agar menaikkan bantuan sara hidup bulanan mereka.

Timbalan Presiden PVTTBM Mohd Rani Hussin berkata, setakat ini ahli persatuan yang berdaftar hanya menerima bantuan kos sara hidup sekitar RM300 sebulan dan nilai berkenaan dilihat tidak setimpal terutama dalam keadaan ekonomi sekarang.

Beliau berkata, PVTTBM berharap kerajaan menaikkan nilai bantuan sekurangku­rangnya RM200 sebulan memandangk­an hampir 50 peratus daripada ahli persatuan dikategori­kan sebagai veteran yang daif dan perlu dibantu.

“Pihak kami sering turun padang menziarahi veteran tentera ini yang rata-rata berusia sekitar 40 tahun dan ada mencecah 80 tahun ke atas. Kami mendapati kebanyakan mereka daif, tidak mempunyai tanah dan rumah sendiri selain turut menghidap penyakit kronik.

“Selain itu, kami turut berharap kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri dapat memberi sumbangan rumah baharu kepada veteran yang tiada tanah dan rumah sendiri untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan PVTTBM di sini semalam.

Mohd Rani berkata persatuan itu turut berharap kerajaan memberikan elaun khas kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi menghargai jasa kepada negara.

“Setakat ini dianggarka­n terdapat lebih 200,000 penerima dengan ada dalam kalangan mereka yang cedera termasuk patah kaki dan sebagainya,” katanya. — Bernama

Mohd Rani Hussin Timbalan Presiden PVTTBM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia