Utusan Borneo (Sarawak)

Bernama menang perak dua kategori Hadiah Kewartawan­an Malaysia

-

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) muncul sebagai pemenang perak bagi dua kategori Hadiah Kewartawan­an Malaysia (HKM) Institut Akhbar Malaysia (MPI) Petronas 2021 pada Majlis Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2022 di sini malam kelmarin.

Tempat kedua Kategori Penulisan Rencana Cemerlang dimenangi penulis daripada Meja Rencana dan Isu Bernama Kurniawati Kamarudin dan Sakini Mohd Said yang menyediaka­n empat artikel bertajuk ‘Malaysia Berpotensi Kehilangan Hutan Paya Gambut’, ‘Hutan Simpan Kuala Langat Utara ‘Nadi Kehidupan’ Masyarakat Orang Asli’, ‘Demi Survival Hutan Simpan Kuala Langat Utara’ dan ‘Nasib HSKLU: Masihkah Ada Harapan Untuk Terus Kekal’.

Sementara itu, jurugambar Bernama Harry Salzman

Abu Bakar turut memenangi tempat kedua untuk Kategori Esei Foto Cemerlang bagi karyanya yang bertajuk ‘Pengebumia­n Jenazah Pesakit COVID-19”’.

Pemenang perak masingmasi­ng membawa pulang wang tunai RM1,500 dan sijil.

Kurniawati ketika ditemui selepas majlis itu berkata perjalanan­nya untuk sampai ke tahap tiga teratas agak sukar kerana persaingan yang sengit.

Katanya ia akan menjadi pembakar semangat untuk pasukannya dan keseluruha­n wartawan Bernama untuk menghasilk­an karya yang lebih hebat.

“Semoga ia menjadi penyuntik semangat untuk wartawan-wartawan muda supaya lebih banyak menghantar karya mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Harry Salzman melahirkan rasa bangga kerana berpeluang mewakili Bernama dalam pertanding­an HKM.

Beliau berkata karya esei fotonya bertujuan memaparkan proses pengebumia­n dan kesedihan dialami ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang akibat COVID-19.

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya dalam ucapannya berkata penyertaan tahun ini tidak dikuasai dan dimonopoli oleh media legasi atau tradisiona­l sebaliknya disaingi oleh media maya dan menggambar­kan landskap baharu media dan kewartawan­an.

“MPI tidak lagi melihat karya-karya yang dihantar untuk menyertai HKM berdasarka­n media tradisiona­l atau digital, tetapi berdasarka­n platform. Ini kerana produk berita di alam nyata juga kini boleh diakses dalam talian,” katanya. — Bernana

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMENANG KATEGORI: Roslan (dua kiri) bergambar bersama Harry (empat kanan), Sakini (tiga kiri) dan Kurniawati (empat kiri) selepas memenangi dua kategori bagi hadiah Kewartawan­an Malaysia pada Malam Wartawan Malaysia 2022 di sebuah hotel, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama PEMENANG KATEGORI: Roslan (dua kiri) bergambar bersama Harry (empat kanan), Sakini (tiga kiri) dan Kurniawati (empat kiri) selepas memenangi dua kategori bagi hadiah Kewartawan­an Malaysia pada Malam Wartawan Malaysia 2022 di sebuah hotel, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia