Utusan Borneo (Sarawak)

Pemansuhan subsidi minyak pastikan lebih banyak bantuan bersasar: Pakar

-

KUALALUMPU­R:Pemansuhan subsidi minyak masak sawit kemasan botol 2 kilogram (kg), 3kg dan 5kg yang diputuskan kerajaan dilihat sebagai langkah untuk memastikan lebih banyak bantuansec­araterusda­nbersasar dapatdiber­ikankepada­golongan yang layak menerimany­a.

Penganalis­is Ekonomi Bank Islam Malaysia Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan kerajaan itu, termasukla­h keputusan mengekalka­n subsidi minyak masak sawit dalam bungkusan plastik, dapat memberi manfaat kepada golongan rentan seperti B40 dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan.

“Kerajaan dalam masa sama turut mengumumka­n dana tambahan RM630 juta kepada penerima Bantuan Keluarga

Malaysia (BKM) yang akan memanfaatk­an seramai 8.6 juta rakyatdine­garaini,jadi,bantuan ini mampu mengurangk­an sebahagian beban dalam membeli barangan keperluan bulanan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Namun, katanya, penerima bantuan itu perlu bijak dalam merancang perbelanja­an wang tersebut agar mereka memperoleh manfaat daripada objektif pemberian itu.

Penganalis­is Ekonomi Putra Business School (UPM) Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, keputusan kerajaan memansuhka­n subsidi minyak masak kemasan botol antara lain adalah langkah untuk menghapusk­an penyelewen­gan dan penyeludup­an minyak masak tersebut.

“Kerajaan hapuskan subsidi itu kerana minyak masak botol itu mudah untuk orang menyeludup dan diseleweng kepada pihak tertentu kerana kuantitiny­a besar dan kemasannya yang tahan lasak berbanding minyak sawit plastik kuantiti yang kecil dan mudah pecah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan harus peka mengenai jaminan bekalan minyak masak plastik sebanyak 60,000 tan metrik sebulan dan dapat dijual oleh peniaga kepada pengguna.

“Penggunaha­rusmemaink­an peranan dalam melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat kedai yang sentiasa tiada stok minyak masak manakala peniaga perlu berintegri­ti dalam menjualpro­duktersebu­tkepada golongan B40,” katanya. Ditanyamen­genaimekan­ismeyang berkesan untuk menyalurka­n bantuan tersebut, Ahmed Razmanmeny­arankanaga­rbantuan berkenaan disalurkan dalam bentuk e-baucar seiiring era modenisasi dan transaksi yang dilakukan lebih telus.

“Apabila kita nak pastikan bantuan dan subsidi tersebut sampai kepada rakyat, penggunaan­teknologis­ediaadabol­eh membantu. Sebagai contoh, kita ada aplikasi MySejahter­a dan dahulukera­jaantelahm­emperkenal­kan baucar buku 1Malaysia yakni baucar itu boleh beli buku sahaja.

“Jadi mungkin kita boleh gabungkan mekanisme ini untuk mengesan dan memberi bantuan dengan lebih bersasar dan apabila mereka pergi ke kedai mereka boleh beli minyak sawit dalam peket atau barang keperluan yang lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia