Utusan Borneo (Sarawak)

Agenda 2030: Malaysia kemuka tiga cadangan pertingkat kerjasama antarabang­sa

-

Malaysia mencadangk­an Arkitektur Pembanguna­n Antarabang­sa diperkukuh bagi membangunk­an semula ekonomi supaya menjadi lebih baik sekali gus membantu mencapai Agenda 2030 untuk Pembanguna­n Mampan (Agenda 2030) yang diperaku pada 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan negara pada Dialog Peringkat Tertinggi Mengenai Pembanguna­n Global memaklumka­n terdapat banyak negara membangun memiliki program dan agensi yang berpengala­man luas dalam bidang pembanguna­n.

“Sebagaicon­toh,Chinamempu­nyai Agensi Kerjasama Pembanguna­n Antarabang­sa China (CIDCA) manakala Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang ditubuhkan lebih empat dekad lalu telah memberi manfaat kepada lebih 34,000 peserta dari 140 negara.

“Program dan agensi ini perlu memupuk kerjasama untuk membantu negara membangun yang lain berdasarka­n konsep

Kerjasama Trilateral,” katanya dalam dialog itu yang diadakan secara maya malam kelmarin.

Presiden China Xi Jinping mempengeru­sikan dialog itu yang turut dihadiri empat lagi negara anggota BRICS iaitu Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dan Timbalan Presiden Brazil Hamilton Mourao.

Turut serta Presiden Algeria Abdelmajib Tebbaoune, Presiden Argentina Alberto Fernandez, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sis, Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Iran Ebrahim Rais, Presiden Kazakhstan KassymJoma­rt Tokayev, Presiden Senegal Macky Sall, Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed Ali, Perdana Menteri Fiji Josaia Voreqe Bainimaram­a dan Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha.

Selain itu, Perdana Menteri mencadangk­anagarmasy­arakat antarabang­sa mengukuhka­n sistem pelbagai hala termasuk dana yang disalurkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bagi mencapai matlamat pembanguna­n mampan.

Beliau berkata tumpuan badan terbabit mestilah diberikan mengikut keperluan negara membangun dan bukannya agenda negara penyumbang.

Menerusi cadangan ketiga pada dialog itu, Ismail Sabri menyaranka­n agar negara maju memenuhi komitmen dalam menangani krisis alam sekitar dan perubahan iklim.

“Usaha perlu dipergiat dalam menghadapi cabaran yang saling berkait melalui peningkata­n dan pembiayaan inovatif, perkongsia­n teknologi dan pembanguna­n keupayaan yang menyokong peralihan ke arah ekonomi global yang lebih hijau,” katanya.

Ismail Sabri berkata sebagai contoh, negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n

Ekonomi (OECD), yang merupakan antara negara terkaya di dunia, memperuntu­k hanya 0.33 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar mereka sebagai Bantuan Pembanguna­n Rasmi (ODA) berdasarka­n laporan pada 12 April 2021.

Perdana Menteri berkata oleh kerana negara maju belum mencapai komitmen US$100 bilion setahun bagi tujuan pembiayaan iklim maka Malaysia menyeru agar komitmen yang sudah dipersetuj­ui sebelum ini segera dicapai memandangk­an dunia sudah jauh berbeza berbanding semasa Agenda 2030 diperaku tujuh tahun lepas.

Menerusi dialog tiga jam yang bermula pada 7.45 malam itu, beliau turut menegaskan bahawa Malaysia kekal komited dalam usaha memacu kemajuan dalam Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) sepertiman­a termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Membuktika­n lagi komitmen Malaysia, Ismail Sabri berkata Pelan Hala Tuju Matlamat

Pembanguna­n Mampan Kebangsaan (2021-2025) Fasa Kedua sedang dirangka bagi mengenal pasti bidang keutamaan berkaitan selain melaksanak­an SDG di peringkat tempatan menerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia.

“Ini adalah model inovatif yang mengumpulk­an Ahli Parlimen dan pihak berkepenti­ngan tempatan untuk bersamasam­a mencari penyelesai­an kepada cabaran di peringkat akar umbi,” katanya.

“Namun begitu, Malaysia tidak boleh melakukan usaha ini secara bersendiri­an. Negara yang terlibat dalam sidang kemuncak ini mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu, penting sekali untuk kita bekerjasam­a dalam usaha mencapai Agenda 2030,” katanya sambil menambah sebagai Rakan Inisiatif Pembanguna­n Global (GDI), Malaysia menyatakan sokongan berterusan terhadap usaha memacu pembanguna­n global ke arah dunia yang lebih makmur, inklusif dan mampan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia