Utusan Borneo (Sarawak)

Guna fasiliti sukan di sekolah untuk anjur program KBS

-

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menggunaka­n fasiliti sukan di sekolah, bagi penganjura­n sesuatu program sukan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata fasiliti sukan sedia ada di sekolah, boleh digunakan untuk penganjura­n seperti Malaysia Sports League dan Seribu Liga.

“Sebenarnya buat masa sekarang ini banyak fasiliti sukan di sekolah dalam keadaan yang baik berbanding kemudahan yang tidak berada dalam keadaan baik.

“Jadi saya telah berhubung dengan pihak

Kementeria­n Pendidikan untuk dibuka fasiliti sukan di sekolah-sekolah turut digunakan sama dengan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan temasya sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di sini semalam.

Ahmad Faizal berkata penggunaan kemudahan sukan itu nanti dapat membudayak­an sukan supaya rakyat kekal cergas dan aktif.

“Jadi, saya ucapakan terima kasih atas kerjasama baik yang diberikan oleh pihak Kementeria­n Pendidikan dan juga sekolah-sekolah di seluruh negara dan berharap ia terus dipereratk­an dan ditambah baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia