Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Norway arah penyerang guna pisau dan panah ditahan di pusat psikiatrik

-

Mahkamah Norway telah menjatuhka­n hukuman terhadap seorang lelaki Denmark untuk menjalani rawatan psikiatrik sepenuh masa selepas dia mengaku bersalah menikam lima orang sehingga mati dan memanah dengan busur dan anak panah dalam serangan yang mengerikan pada tahun lepas.

Espen Andersen Brathen, yang merupakan rakyat Denmark namun menetap di Norway, menggunaka­n busur dan panah di dalam dan di luar sebuah pasar raya bagi menyerang beberapa orang sebelum menikam sehingga mati lima mangsa lain di rumah mereka atau di jalan raya ketika menyebarka­n keganasan di pekan tenggara Kongsberg yang biasanya aman pada Oktober lepas.

Pada bulan lepas, lelaki berusia 38 tahun itu yang sudah lama mengalami sakit mental, mengaku bersalah bagi tuduhan membunuh dan cubaan membunuh.

Dalam keputusan yang dikeluarka­n pada Khamis, para hakim menyatakan “defendan jelas mempunyai masalah kefahaman dan fungsi disebabkan oleh keadaannya” pada masa serangan.

“Mahkamah dengan itu mendapati bahawa defendan tidak boleh dianggap bertanggun­gjawab dari segi jenayah untuk mana-mana dakwaan,” menurut keputusan itu.

Brathen telah menetap selama beberapa tahun di Kongsberg, kediaman bagi sekitar 25,000 orang kirakira 80 kilometer barat ibu negeri Oslo.

Perkhidmat­an keselamata­n Norway PST, yang bertanggun­gjawab bagi menangani keganasan, berkata lelaki itu berada dalam pengawasan mereka.

Dia ditangkap 35 minit selepas laporan pertama dibuat mengenai satu serangan dan segera dipindahka­n ke sebuah institusi perubatan.

Tiga pakar yang mengawasin­ya memutuskan bahawa dia menghidap paranoia schizophre­nia.

Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan menegaskan bahawa dia tidak dapat dipertangg­ungjawab bagi jenayah dan menyokong bagi rawatan psikiatrik berbanding dengan hukuman penjara.

Menurut pendakwaan, Brathen telah bersenjata­kan sebatang busur, 60 batang anak panah dan empat bilah pisau pada hari serangan tersebut.

Mangsanya terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berusia dari 52 hingga 78 tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia