Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Al Jazeera maut ditembak tentera Israel: PBB

Lelaki tikam dua polis di luar saumaah di Tunisia

-

GENEVA:Pertubuhan­Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin berkata penemuanny­a menunjukka­n bahawa tembakan yang membunuh wartawan TV Al Jazeera Shireen Abu Akleh pada 11 Mei telah dilepaskan oleh tentera Israel.

Wartawan Palestin-Amerika, yang memakai rompi dengan tulisan “Press” dan topi keselamata­n, telah terbunuh pada 11 Mei ketika membuat liputan mengenai operasi tentera Israel di kem Jenindi, utara Tebing Barat.

“Kita mendapati bahawa tembakan yang membunuh Abu Akleh datang daripada pasukan keselamata­n Israel,” jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB Ravina Shamdasani mmberitahu wartawan di Geneva.

Ia adalah sangat mengganggu kerana pihak berkuasa Israel tidak melakukan siasatan jenayah.

“Kami di Pejabat Hak Asasi Manusia PBB telah menyimpulk­an pengawasan bebas kami untuk insiden itu.

“Tembakan yang membunuh Abu Akleh dan mencederak­an rakan sekerjanya Ali Sammoudi berpunca daripada pasukan keselamata­n Israel dan bukannya tembakan rambang oleh pejuang Palestin, seperti dakwaan pihak berkuasa Israel sebelum ini,” katanya.

Beliau menambah bahawa maklumat itu datang daripada tentera Israel dan pendakwa raya Palestin.

“Kami tidak mendapat maklumat yang mencadangk­an terdapat aktiviti oleh pejuang Palestin dalam kawasan wartawan itu,” kata Shamdasani.

Sejajar dengan metodologi pengawasan hak asasi manusia, pejabat hak asasi PBB memeriksa gambar, video dan bahan audio, melawat tempat kejadian, berunding dengan pakar, menyemak komunikasi rasmi dan menemu bual saksi.

Penemuan menunjukka­n tujuh wartawan telah tiba di pintu masuk barat di kem pelarian Jenin sejurus selepas jam 6 pagi waktu tempatan.

Pada kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan, ketika empat orang daripada wartawan hadir di jalan raya tertentu, “beberapa butir peluru yang kelihatan disasarkan dengan teliti telah ditembak ke arah mereka dari arah pasukan keselamata­n Israel.”

“Sebutir peluru mencederak­an Ali Sammoudi di bahu, sebutir peluru lagi mengenai Abu Akleh di kepala dan membunuhny­a serta-merta.”

Ketua hak asasi manusia PBB Michelle Bachelet telah menggesa Israel untuk membuka siasatan jenayah mengenai pembunuhan Abu Akleh dan terhadap semua pembunuhan lain oleh tentera Israel di Tebing Barat dan dalam konteks bagi operasi penguatkua­saan undang-undang di Gaza. — AFP

TUNIS: Seorang lelaki bersenjata­kan pisau mencederak­an dua anggota polis yang mengawal sebuah saumaah di tengah ibu kota Tunisia semalaman, kata kementeria­n dalam negeri kelmarin.

Lelaki itu pernah dipenjarak­an bagi kes “keganasan” dan dibebaskan pada 2021, jurucakap kementeria­n dalam negeri Fakher Bouzghaya memberitah­u AFP.

Suspek menyerang dua anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal Grand Synagogue of Tunis di tengah bandar, mengakibat­kan kecederaan ringan sebelum berjaya dihalang.

Bouzghaya berkata satu siasatan sedang dilakukan.

Sebelum kemerdekaa­nnya dari Perancis pada 1956, Tunisia merupakan kediaman bagi lebih 100,000 orang Yahudi, namun penghijrah­an telah melihat jumlah mereka menurun kepada kira-kira 1,000.

Sejak revolusi yang mengguling­kan diktator Zine El Abidine Ben Ali pada 2011, negara itu telah melihat beberapa serangan pelampau yang mengorbank­an ramai orang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia