Utusan Borneo (Sarawak)

Empat maut pesawat kargo tentera Rusia terhempas

-

Sebuah pesawat kargo tentera Rusia terhempas di bandar Ryazan di tenggara Moscow kelmarin, mengorbank­an empat orang dan mencederak­an lima yang lain, menurut pihak berkuasa.

Pesawat itu sedang melakukan penerbanga­n latihan tanpa kargo ketika kru memutuskan untuk mendarat disebabkan oleh masalah enjin, dan ia telah musnah separuh ketika ia terhempas di darat, menurut kementeria­n pertahanan dalam satu kenyataan yang dipetik oleh beberapa agensi berita tempatan.

“Menurut maklumat awal, empat orang meninggal dunia akibat nahas pesawat di kawasan lebuh raya Mikhailovs­ky di bandar Ryazan,” kata unit krisis bagi kerajaan wilayah dalam satu kenyataan, ketika dipetik oleh agensi berita negara TASS.

Pihak kementeria­n pertahanan menyatakan anggota kru yang tercedera telah dibawa ke hospital.

Pesawat itu adalah pesawat pengangkut tentera Il-76, yang pertama dikeluarka­n di Kesatuan Soviet pada lewat 1960.

Pesawat itu mendarat di sebuah padang bersebelah­an dengan bangunan kediaman berhampira­n sebatang lebuh raya, menyebabka­n satu kebakaran yang telah dipadamkan, lapor TASS.

Seorang saksi dipetik oleh agensi Ria Novosti berkata nahas itu berlaku pada kirakira jam 4 pagi waktu tempatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia