Utusan Borneo (Sarawak)

Status calon EU untuk Ukraine satu langkah bersejarah: PM Itali

-

Perdana Menteri Itali kelmarin berkata pemberian status calon Kesatuan Eropah (EU) kepada Ukraine adalah satu langkah bersejarah dan penting.

Mario Draghi berkata, langkah itu juga penting untuk seluruh Eropah dan Ukraine.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sidang kemuncak Pemimpin EU selama dua hari di Brussels, lapor Agensi Anadolu.

Katanya, Itali adalah negara pertama yang menyokong proses penyertaan EU bagi negara-negara Balkan Barat dan Rom percaya Albania harus meneruskan rundingan secara bersendiri­an sekiranya timbul masalah untuk Macedonia Utara semasa proses keahlianny­a.

Serbia kini terlibat dalam perbincang­an dengan EU, manakala rundingan blok itu dengan Macedonia Utara dan Albania telah ditangguhk­an sejak 2020.

Pemimpin Eropah memberikan status calon kepada Ukraine pada Khamis, satu langkah bersejarah yang membuka jalan bagi keanggotaa­n EU untuk negara yang dilanda perang itu.

Selain itu, pemimpin EU turut meluluskan status calon Moldova dan mengumumka­n Georgia juga akan diberikan status yang sama selepas ia memenuhi syarat tertentu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia