Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga hingga empat penunggang p-hailing terlibat kemalangan

Anggaran secara mingguan tersebut dipercayai akibat mereka terlalu penat bekerja

-

SHAH ALAM: Anggaran tiga ke empat kes kemalangan dilaporkan secara mingguan berlaku dalam kalangan penunggang phailing di negara ini kerana terlalu penat bekerja serta terikat dengan sistem aplikasi.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) Zulhelmi Mansor berkata selain itu kurangnya kesedaran mengenai tahap keselamata­n antara punca utama berlaku kemalangan melibatkan golongan terbabit.

“Rata-rata mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga kepenatan dan akhirnya mengakibat­kan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara PENGHANTAR dan Persatuan Keselamata­n dan Kesihatan Perkerjaan Malaysia (MSOSH) di sini semalam.

MoU tersebut ditandatan­gi Zulhelmi mewakili PENGHANTAR manakala MSOSH diwakili Presidenny­a Dr Shawaludin Husin, yang bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai keselamata­n dan kesihatan dalam kalangan penunggang p-hailing.

“Kerjasama ini bagi menyokong polisi keselamata­n dan kesihatan PENGHANTAR ke arah mewujudkan budaya kerja selamat dalam kalangan penunggang p-hailing serta sentiasa menjadikan pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) berteraska­n Akta

Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan,” katanya.

“Ia juga bagi meningkatk­an kesedaran dan perlindung­an dalam kalangan penunggang p-hailing terhadap KKP selain memastikan setiap penghantar memakai peralatan perlindung­an diri ketika bekerja,” katanya.

Sementara itu, Dr Shawaludin berkata MSOSH akan mengiktira­f modul Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dibangunka­n Penghantar, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

“Ia akan diadaptasi­kan

“Rata-rata mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga kepenatan dan akhirnya mengakibat­kan ” kemalangan. Zulhelmi Mansor Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR)

dalam panduan KKP P-Hailing secara menyeluruh sekali gus memperbaik­i jaringan keselamata­n sosial pekerjanya,” katanya.

MSOSH semalam telah melancarka­n laman sesawang Persidanga­n Tahunan Pertubuhan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Asia asifik (APOSHO) 2023 yang dijangka berlangsun­g pada Oktober tahun hadapan.

Malaysia melalui MSOSH akan menjadi tuan rumah persidanga­n tersebut yang menghimpun­kan lebih 40 pertubuhan KKP dari 23 negara di rantau Asia Pasifik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Dr Shawaludin (duduk, kanan) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bersama Presiden Persatuan Penghantar dan P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Ts Zulhelmi Mansor (duduk, kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan MSOSH Ke-51 di Setia Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Dr Shawaludin (duduk, kanan) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bersama Presiden Persatuan Penghantar dan P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Ts Zulhelmi Mansor (duduk, kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan MSOSH Ke-51 di Setia Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia