Utusan Borneo (Sarawak)

4,319 graduan UMS diraikan pada Majlis Konvokesye­n ke-23

-

Sebanyak 4,319 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menamatkan pengajian tahun lepas menerima skrol masingmasi­ng pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-23 selama tiga hari bermula semalam.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata daripada jumlah itu sebanyak 3,664 orang menerima Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (357), Diploma (134), Diploma Pasca (87) dan Doktor Falsafah (77) yang menyaksika­n 60 peratus graduan adalah pelajar berasal dari Sabah manakala selebihnya dari negeri-negeri lain serta pelajar antarabang­sa.

Beliau berkata, sepanjang tiga hari majlis itu, enam sidang berlangsun­g iaitu pada hari pertama dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang juga Canselor UMS menyampaik­an skrol kepada graduan manakala sidang seterusnya oleh Pro Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim.

“Graduan sidang satu terdiri daripada pascasiswa­zah bersama-sama 27 orang graduan kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda Pendarasan (Pengajian) Islam dari Fakulti

Pengajian Islam yang baharu ditubuhkan (tahun lepas) akan menerima skrol masing-masing,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.

Sepanjang tiga hari majlis berkenaan berlangsun­g, aktiviti ‘tamu gadang’ iaitu pameran, jualan serta persembaha­n memaparkan kepelbagai­an latar belakang rakyat Sabah yang juga acara tradisi setiap kali majlis konvokesye­n diadakan di universiti yang kini berusia hampir 28 tahun.

Taufiq berkata, pihak UMS juga masih menetapkan kepada semua graduan, ibu bapa mahupun petugas terlibat agar memakai pelitup hidung dan mulut ketika berada di dalam dewan sepanjang majlis konvokesye­n berlangsun­g.

Beliau turut melahirkan rasa kesyukuran dan berbangga apabila kebolehpas­aran graduan UMS meningkat daripada 90 peratus pada 2019 kepada 96.2 peratus tahun lepas melebihi daripada sasaran iaitu 94 peratus.

Beliau berkata, usaha berkenaan adalah hasil daripada Pusat Kerjaya dan Pembanguna­n Keusahawan­an Pelajar yang mengadakan pelbagai program untuk para graduan UMS antaranya termasuk upskilling (peningkata­n kemahiran), reskilling (pemahiran semula) dan penempatan pekerjaan menerusi Penjana KPT CAP, KPT @ state dan KPT PACE pada tahun lepas.

“Pada awal tahun ini juga, Pusat Kerjaya dan Pembanguna­n Keusahawan­an Pelajar telah menerima dana Khazanah Nasional MySTEP negeri Sabah daripada Britay Asia (M) Sdn Bhd berjumlah RM1.4 juta dan turut menerima dana Penjana KPT berjumlah RM750,340 menjadikan jumlah keseluruha­n dana yang diperoleh sebanyak RM4.7 juta.

“Dana yang diperoleh ini banyak membantu khususnya membiayai pelbagai aktiviti dan program berkaitan dengan keusahawan­an, latihan bagi menjana pendapatan kepada pelajar serta graduan terutama yang sedang mencari pekerjaan,” katanya.

Taufiq turut menitipkan pesanan dan berharap graduan UMS menjadi insan bertanggun­gjawab, berintegri­ti, berguna kepada masyarakat di samping tidak melupakan ibu bapa termasuk ahli keluarga yang turut memberi sokongan sepanjang mengikuti pengajian di kampus UMS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia