Utusan Borneo (Sarawak)

Empat parti tempatan Sabah mahu sertai GRS: Hajiji

-

Empat lagi parti tempatan di Sabah menyatakan hasrat untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama lima parti yang telah membentuk gabungan itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, permohonan daripada kesemua parti berkenaan akan dibincang dan dipertimba­ng dalam GRS sebelum membuat keputusan.

Bagaimanap­un beliau tidak menamakan parti tersebut.

“Ini bermakna bahawa apa yang kita (GRS) lakukan selama ini sejak mendapat mandat rakyat (Pilihan Raya Negeri) telah memikat hati kawan-kawan lain daripada parti yang lain (mahu sertai GRS).

“Kalau tidak, mereka (parti) tidak akan memohon untuk sertai GRS, mungkin inilah yang dikehendak­i oleh rakyat ingin melihat satu gabungan yang kuat untuk memerintah Sabah di masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama Armada BERSATU Sabah di sini malam kelmarin.

Hajiji berkata, GRS adalah parti yang sentiasa mahu mewujudkan keharmonia­n dalam kalangan parti komponen gabungan itu yang bersama-sama memberi perkhidmat­an terbaik untuk rakyat.

GRS dianggotai lima parti iaitu Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), selain membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir kerajaan Sabah.

Sebelumini­dilaporkan­Parti Kesejahter­aan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) telah memohon menyertai GRS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia