Utusan Borneo (Sarawak)

MOSTI sasar nisbah robot 195 kepada 10,000 tenaga kerja pada 2030

MEDAC sasar tambah 500 lagi Coopmart

-

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarka­n nisbah 195 unit robot bagi 10,000 tenaga kerja manusia menjelang 2030.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat ini, nisbah jumlah robot kepada tenaga kerja manusia hanya 55 unit nisbah 10,000 orang.

Beliau berkata, antara teknologi robot yang berpotensi untuk dikembangk­an dan satu keperluan pada masa ini adalah teknologi robotik dron.

“Majlis Sains Negara barubaru ini telah meluluskan Robotic Talent Developmen­t Academy dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di bawah beberapa kementeria­n termasuk MOSTI dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kita bukan sahaja menganalis­is keperluan semasa tetapi juga melatih bakat melalui akademi itu bagi memastikan nisbah robot kepada pekerja iaitu 195 robot kepada 10,000 pekerja menjelang 2030 tercapai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelanca­ran Pertanding­an Drone Edu Challenge 4IR (DEC4IR) di Tapak Pengujian

Dron, DRZ Iskandar di sini semalam.

Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, MOSTI bekerjasam­a dengan KPM untuk memperkena­lkan industri dan teknologi dron dalam silibus bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah.

Dr Adham dalam ucapannya berkata, menerusi kerjasama MOSTI dan KPM, teknologi dron seperti reka bentuk, penggunaan dan kecerdasan buatan dapat diperkenal­kan sebagai modul STEM dalam kurikulum dan ko-kurikulum sekolah untuk memastikan lebih ramai menjadikan bidang itu sebagai pilihan kerjaya masa depan.

“Teknologi dron akan berkembang lebih pesat dan laporan Drone Industry Insights tahun lepas menyatakan hasil industri dron dalam sektor komersial diramal berkembang dengan kadar pertumbuha­n tahunan sebanyak 9.4 peratus menjelang 2026 di seluruh dunia dengan pasaran global dijangka mencapai sehingga AS$41.3 bilion,” katanya.

Berhubung DEC4IR, Dr Adham berkata MOSTI menyasarka­n 5,000 pelajar sekolah dari seluruh negara menyertai pertanding­an yang berlangsun­g bermula bulan ini hingga Oktober depan.

Menurut beliau, DEC4IR pada 2020 telah memberi impak positif kepada lebih 3,500 pelajar diberi pendedahan terhadap dron, robotik, pengaturca­raan selain 100,000 peserta lain yang menyertai program itu secara maya.

“Pelbagai aktiviti bakal dijalankan dalam program ini seperti pembelajar­an anatomi dron, penyelesai­an masalah menggunaka­n dron, pengendali­an dan juga penerbanga­n menggunaka­n kod yang dibina sendiri sekali gus menjadikan anak-anak muda lebih kreatif,” katanya. — Bernama

KOTA BHARU: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) menyasarka­n untuk menambah lebih 500 Coopmart bagi membolehka­n barangan lebih murah dijual kepada ahli koperasi dan orang ramai.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya berkata, ketika ini terdapat kira-kira 400 Coopmart yang sedang beroperasi di seluruh negara.

“Koperasi sangat signifikan dengan Coopmart kerana menjual barangan pada harga lebih rendah daripada pasaran biasa.

“Kita sasarkan koperasi yang ada kemampuan untuk kita bina rangkaian kedai Coopmart seterusnya menawarkan kepada ahli dan rakyat harga lebih murah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan di sini semalam.

Perasmian itu dilakukan

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian, Perdaganga­n, Pelaburan dan Pembanguna­n Usahawan Kelantan Saiful Adli Abu Bakar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Dr Adham (kanan) bertanya sesuatu kepada pelajar yang mengikuti pembelajar­an, membaiki dan menerbangk­an dron ketika melawat ke Pusat Kecemerlan­gan Persekutua­n Sukan Udara Malaysia (MSAF) selepas majlis perasmian dan pelancaran Drone Edu Challenge IR 4.0 2022 di Common Ground Iskandar Space, Medini 6, Iskandar Puteri semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Dr Adham (kanan) bertanya sesuatu kepada pelajar yang mengikuti pembelajar­an, membaiki dan menerbangk­an dron ketika melawat ke Pusat Kecemerlan­gan Persekutua­n Sukan Udara Malaysia (MSAF) selepas majlis perasmian dan pelancaran Drone Edu Challenge IR 4.0 2022 di Common Ground Iskandar Space, Medini 6, Iskandar Puteri semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MELAWAT: MusliminYa­haya (dua kiri) melawat pameran pada Hari Koperasi Negara 2022 peringkat negeri, Kota Bharu semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian Perdaganga­n Pelaburan dan Pembanguna­n Usahawan negeri Saiful Adli Abu Bakar (tiga kanan).
— Gambar Bernama MELAWAT: MusliminYa­haya (dua kiri) melawat pameran pada Hari Koperasi Negara 2022 peringkat negeri, Kota Bharu semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian Perdaganga­n Pelaburan dan Pembanguna­n Usahawan negeri Saiful Adli Abu Bakar (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia